Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 2, 2024 @ 3:20pm

“Bersyukur Masih Berkahwin Di Zaman Ini, Tak Perlu Upload Di Media Sosial” – Aqasha Hargai Privasi & Hormati Aurat Isteri

Perkongsian terkini penyanyi dan pelakon, Aqasha mencuri perhatian yang meluahkan rasa syukur dirinya masih berkahwin pada masa kini.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Aqasha berkata dia jarang berkongsi wajah isteri tercintanya di IG demi menjaga aurat cinta hatinya itu, selain menjaga privasi rumah tangga.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu popular Embun itu tidak bersetuju dengan konsep pasangan bercinta yang berkongsi foto-foto mesra percintaan mereka di media sosial.

“Aku bersyukur aku telah berkahwin danmasih berkahwin di zaman ini. Aku tak fikir aku mampu ada di dalam perhubungan pra-perkahwinan dengan keadaan semua benda nak diupload ke media sosial sebagai ‘saksi cinta kita’, termasuklah membatalkan puasa. Apa kejadahlah…

“Aku seorang lelaki yang menghargai privasi, juga menghormati aurat isterinya. Bukanlah aku tak cinta, namun cintaku bukan barang pameran atau binatang dalam kandangan.

“Kita tak perlukan ‘saksi cinta kita’, sebaliknya kita yang perlu mendalami erti ‘aku naik saksi’.

“Setelah itu baru kita bicara soal cinta kita. Berbahagialah yang telah mendapatkan pasangan seiman dan sepengertian,” tulisnya.

Aqasha

Sekadar info, Aqasha dan isterinya, Baizura Sabri mendirikan rumah tangga pada Oktober 2010 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Cerewet Pilih Naskhah, Aqasha Malu Jika Watak Tak Kena Dengan Usia – “Saya Mahu Banggakan Anak-Anak”

Artikel Berkaitan: Tak Dimamah Usia, Aqasha ‘Pecah Rahsia’ Kekal Awet Muda Pada Usia 40-An

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Oct 2018

Malaysian Woman Shares Her First Experience of Brazilian Waxing

“The pain of Brazilian waxing is mostly psychological…”

Trending Fri, 8 Jan 2021
Trending Sat, 5 Jan 2019

Anda Bakal Didenda Mulai 2 Januari 2019 Jika Hilang Passport

Kerajaan Umum Denda Untuk Kehilangan Passport, Berkuatkuasa 2 Januari 2019

Hiburan Sat, 9 Nov 2019
Trending Fri, 28 Feb 2020
Hiburan Sun, 25 Feb 2018

Haziq Putera Band Kemalangan Motosikal

“Tulang Rusuk Kiri Patah” – Haziq Putera Band Kemalangan Motosikal

Trending Mon, 14 Sep 2020

Semua Sekolah Di Kedah Bakal Ditutup

Sama-sama kita tunggu pengumuman nya okay!