Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 4, 2022 @ 12:09pm

“Bertujuan Beri Teguran Kepada..” – Iqram Dinzly Respons Isu Video Sarung Baju Dalam Wanita Sambil Selawat 

Pelakon Iqram Dinzly memberi penjelasan mengenai video tular yang memaparkan individu mirip dirinya memakai pakaian dalam wanita (lingerie) dengan berlatar alunan selawat.

Memetik laporan Harian Metro, Iqram seakan menyifatkan individu yang dipaparkan di akaun TikTok @iqramdinzlycious dalam video secara langsung tersebut merupakan salah satu karakternya yang dikenali sebagai Princess Iqy Dinzly.

Difahamkan karakter tersebut hanya bertujuan untuk memberi teguran kepada golongan transgender yang disifatkan semakin berani dan untuk menjentik hati netizen agar dapat membuat pilihan sama ada mahu berselawat atau menyaksikan perkara maksiat.

“Dia adalah Princess Iqy Dinzly. Dia berikan pilihan sama ada nak selawat atau nak saksikan ‘pelacur-pelacur bilik kaca’ dan ‘penari tiang dalam bilik kaca’.

“Satu lagi, kaum transgender semakin berleluasa dan semakin berani di media sosial. Itu satu teguran juga.

“Selain itu, ia juga teguran untuk wanita-wanita bertudung yang umpama berbogel dengan pakaian yang ketat,” katanya kepada Harian Metro.

Di kesempatan itu, Iqram turut menjelaskan bahawa sekiranya netizen ingin melihat diri Iqram yang sebenar, mereka boleh menonton lakonanannya dalam drama terbaharu tidak lama lagi.

“Sekarang, kalau nak tengok Iqram Dinzly yang betul, tengok drama Mem dan Bibik Bibik yang akan ditayangkan di TV3 bermula esok.

“Selepas itu, ada beberapa drama lain lagi antaranya Dilema Wanita dan satu lagi drama arahan pengarah Erma Fatima,” katanya.

Terdahulu, satu video lelaki mirip Iqram tular di media sosial telah mendapat kecaman netizen yang berang serta menyifatkan tindakan tersebut telah mempersendakan agama kerana memakai pakaian tidur wanita seksi berlatarbelakang alunan selawat.

Sementara itu, Iqram juga sempat menitipkan nasihat kepada semua pihak untuk memadam hantaran-hantaran yang tidak senonoh di media sosial bagi menghormati dan mengambil keberkatan kehadiran bulan Ramadan.

“Saya tak boleh nak cakap sebab saya tak pandai langsung menggunakan media sosial. Apa pun, ambillah kesempatan dengan kehadiran bulan Ramadan.

“Tolonglah pada gambar-gambar yang menunjukkan punggung dan payudara semua terutamanya golongan pempengaruh.

“Kandungan-kandungan sebegini boleh menjurus ke arah yang tidak bermoral antaranya berlaku jenayah rogol dan sebagainya.

“Jangan sampai rogol itu menjadi perkara biasa di Malaysia,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: Iqram Dinzly Buat Hal! Kali Ni Sarung Pakaian Dalam Wanita, Beraksi Ghairah Sambil Berselawat

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Trending Mon, 20 Aug 2018

5种讨人厌的IG Stories类型,你中标了吗?

IG的限时动态(IG Stories)功能可说是时下最流行的社交功能。不过,还是有些令人恼怒的限时,常发些不知所云的内容,不是刻意晒照,就是图文不符,尤其无病呻吟真的令人觉得你是活在古代吗?哪来这么多忧愁?

Trending Wed, 14 Aug 2019

Pencarian Berakhir…Mayat Sah Milik Nora Anne!

Ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort.

Featured Fri, 14 Oct 2022

[VIDEO] Berjanji Akan Jadi Ibu Mertua Terbaik, Sharifah Zarina Nak Jodohkan Anak Dengan MK K-Clique? 

Wowww, macam mana guys sesuai ke tak kalau MK K-Clique dengan Athalia?

Featured Wed, 1 Jul 2026

Dari Taipei Ke ‘Be Like Water’, Ini Perjalanan 22 Tahun Siti Nurhaliza Menakluk Muzik Mandarin

Be Like Water menjadi lagu penuh pertama dalam bahasa Mandarin yang pernah dirakamkan Siti sepanjang lebih 30 tahun bergelar anak seni.

Featured Wed, 28 Sep 2022
error: Content is protected !!