Drama By: Fatin Nurain May 5, 2022 @ 10:57am

“Best Berlakon Ni…” – Haziq Wartawan Cilik Teruja ‘First Time’ Berlakon

Wartawan cilik, Muhammad Haziq Mohd Asyraf teruja dapat berlakon buat pertama kalinya.

Drama Misi Anak Bulan merupakan drama pertama yang dilakonkan oleh Haziq, sekali gus mengembangkan lagi bakatnya selain dari menjadi seorang wartawan cilik.

“Bestlah berlakon ni tapi agak penatlah orang kata. Baru saya tahu macam ni kerja depa,” kata Haziq.

Menurut Haziq, dia bersetuju untuk menceburi bidang lakonan kerana ingin mencari pengalaman walaupun agak mencabar.

“Susah jugalah nak berlakon ni. Dia kan kata satu scene tu depa kena buat banyak kali, kalau tak jadi buat lagi.

“Rasa macam nak berlakon lagi tapi agak penat sikit la,” kongsinya.

Pelakon Ezad Lazim dan Nina Fazurina yang turut berlakon dalam drama ini, memberi kata-kata semangat kepada Si Cilik ini ketika sesi sidang media secara maya baru-baru ini.

“Tak apa, nanti kita berlakon sekali Haziq,” kata Ezad.

“Tak apa, penat itu biasa, lama-lama nanti dia okay,” kata Nina.

Selain itu, Ezad sempat memuji Haziq mengenai bakat lakonannya untuk drama ini.

“Haziq okay, dia natural. Selalu tengok dia berlakon walaupun saya hanya tengok di media sosial. Haziq ni memang betul-betul natural. Jadi, saya ingat dia tak ada masalah sangatlah untuk shooting ni walaupun kita tak shooting bersama,” puji Ezad.

Selain Haziq, drama ini juga menampilkan beberapa pelakon cilik yang lain antaranya, Aiman Abdul, Ali Aiman dan Nur Dania Miazara.

Menurut Nina, ke semua pelakon kanak-kanak yang merupakan watak utama dalam drama ini sangat berbakat.

Dalam pada itu, Haziq sempat berkongsi keinginannya untuk mencuba watak yang lebih mencabar sekiranya ditawarkan untuk berlakon lagi.

“Kalau boleh, saya nak berlakon macam watak orang miskin,” jelasnya.

Drama Misi Anak Bulan ini akan mula disiarkan di TV9 sempena Aidilfitri, pada 4 Mei sehingga 8 Mei, jam 6 petang.

Drama ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datin Paduka Eina Azman, Nina Fazurina, Ezad Lazim, Syed Ali, Natasha Elyzza dan Idris.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

权玄彬爆退出「JBJ宣布解散」4月终止活动

韩国男子团体JBJ由选秀节目《PRODUCE 101》第二季成员组合而成;外界原本传他们打算续约延长活动时间,怎料,14日下午权玄彬宣布离开,团体JBJ也确定「活动只到4月终止」,限定团体即将解散。

Hiburan Tue, 23 May 2023
Hiburan Thu, 3 May 2018

‘Terima Kasih Semua’, Yuna Umum Tutup Kedai

Di kesempatan itu juga, penyanyi yang kini menetap di Amerika Syarikat itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya sepanjang menjalankan operasi kedai tersebut.

Featured Thu, 25 Aug 2022
Events Fri, 17 Jun 2022

Netizen Indonesia Dakwa Malaysia Tiru Budaya, Haneesya Hanee Tampil Bersuara!

Setiap budaya dan tradisi ada keunikan tersendiri 🫶🏼 Kita kan serumpun, hormat lah antara satu sama lain 🤝🏼

Trending Wed, 13 Jan 2021
Hiburan Mon, 6 May 2019

打下辽阔江山帅气返场!鍾瑾桦发行中文单曲《被你宠爱》

打下辽阔江山帅气返场,Alvin鍾瑾桦发行久违中文新单曲《被你宠爱》高调直抒被黑心声。

| Live TV

error: Content is protected !!