“Betapa Sulitnya Jadi Sekuat Aku” – Kongsi Luahan Hati, Hantaran Isteri ND Lala Curi Perhatian

Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi ND Lala iaitu Fauziah Sarman memuat naik kata-kata berbentuk luahan hati di Instagramnya.

Menerusi hantaran tersebut, Fauziah dilihat seperti memberi bayangan tentang situasi yang sedang dihadapinya.

Kongsinya, dia penat mengalirkan air mata, tenaga dan fikirannya seperti bercelaru.

“Aku tertidur, namun jiwaku berkelana. Aku terlelap, namun hatiku mengembara. Matakupun terpejam, namun tajamnya pikiranku melintasi ruang dimensiku.

“Boleh gak istirehat sebentar? Boleh gak berhenti sejenak? Baru sadar, kalau Mental yang capek itu sangat menguras airmata, tenaga dan pikiran,” kongsinya.

Dalam pada itu, Fauziah juga meminta untuk tidak menghukumnya kerana belum tentu ada orang yang sekuat dirinya untuk berdepan masalah.

“Jangan pernah mencoba menghakimi aku. Berdirilah di posisiku dan berjalanlah di kehidupanku yang sudah aku lewati.

“Kamu akan merasakan sejauh apa, sepahit apa dan sesakit apa yang aku rasakan dalam hidupku.

“Baru kamu akan tau betapa sulitnya menjadi peribadi sekuat aku. Jika kamu berada di posisiku mungkin belum tentu kamu sekuat aku,” luahnya lagi.

Terdahulu, Fauziah mendedahkan wajah seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani dengan menyatakan wanita itu merupakan isteri kedua kepada ND Lala.

Lebih mengejutkan, wanita tersebut juga merupakan rakan baik anaknya, Shila Amzah.

Atiqah Johari