“Kalau Kata Orang-Orang Tua..” – Ada Yang Berpendapat Anak Keenam Alif Syukri Boleh Jadi Bomoh Lekat Tulang

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida telah selamat melahirkan cahaya mata keenam di sebuah pusat perubatan pada petang isnin.

Kongsi Shahida menerusi hantaran di Instagram, dia mendedahkan proses melahirkan cahaya mata kali ini sangat mencabar apabila terpaksa menahan sakit selama tujuh jam.

Malah, Shahida hampir menjalani pembedahan akibat komplikasi kerana bayi mengeluarkan tangan terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Aliff telah memuat naik tangkap layar perbualan seorang individu di WhatsApp yang berkongsi mitos orang lama bahawa bayi yang mengeluarkan tangan terlebih dahulu berpotensi untuk menjadi ‘bomoh lekat tulang’.

Rata-rata warganet memberi nasihat kepada Aliff agar tidak terlalu percaya dengan mitos tersebut kerana bimbang jatuh syirik.

“Syirik mempercayainya. Benda-benda macamni jangan percaya. Masa hadapan adalah ghaib dan hanya Allah sahaja yang tahu. Tiada beza pun kalau percaya ni dengan zodiak.

“Jangan percaya benda tahyul macamtu, mungkin bayi itu ada kelebihan tersendiri. Janji bayi sihat betul tak dato,” ujar netizen.

Nurul Hana