Betul Ke Lagu Baru Fatin Husna Ciplak Komposer Luar?

Selepas menerima komen ‘lagu ciplak’ nyanyian Fatin Husna berjudul Dan Cintaku, pihak syarikat pengurusan NAR Records tampil memberi penjelasan.

Kata wakil pengurusan NAR, Puan Intan, pihaknya tidak tahu mengenai isu ini sehingga dimaklumkan oleh pendengar di laman Youtube mereka.

“Kami menegaskan tidak tahu tentang isu ini termasuklah Fatin sendiri kerana lagu ini melalui proses pemilihan di mana kami memilih lagu yang terbaik di antara komposer yang menghantar karya mereka.

“Untuk penjelasan lebih lanjut, anda boleh menghubungi komposer lagu itu iaitu saudara Harris Yusof,”katanya dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan.

Difahamkan, lagu Dan Cintaku dikatakan sama seperti sebuah lagu soundtrack untuk drama Korea bertajuk If I Leave.

Fatin Husna sebelum ini pernah tampil dengan single duet bersama Khai Bahar menerusi lagu Rahsia Kita.

Hurm, korang rasa sama tak?

SGMS Faida