Betul Ke Lazarul Dan Datuk Syafinaz Ada ‘Hubungan’ Sebelum Ni?

Wow!  Kontroversi nya #mentor7 kali ni,  yelah  mana taknya Datuk Syafinaz Selamat dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan protegenya, Lazarul. Betul ke?

Baru-baru ini viral di media sosial mengatakan Syafinaz dan Lazarul sebenarnya sudah lama kenal kerana masing-masing terlibat dalam Koir Kebangsaan. Jadi, ramai yang beranggapan ini adalah sebab kenapa Datuk Syafinaz memilih Lazarul untuk menjadi protege dan masih mengekalkan beliau dalam konsert #mentor7.

    

Walaubagaimana pun, dakwaan tersebut disangkal oleh segelintir pihak ketika menyaksikan konsert #mentor7 minggu ke-8. Ini kerana, Lazarul dilihat semakin menunjukkan taringnya apabila mendapat standing ovation daripada juri tetap, Mas Idayu dan Datuk Wah.

So, korang rasa berjayakah Lazarul mengekalkan momentum nya pada malam ini? Dan, adakah ‘hubungan’ Lazarul dan Datuk Syafinaz membolehkan beliau terus kekal dalam konsert #mentor7 pada minggu ini?
Jangan lupa untuk terus saksikan #mentor7 malam ini, pada jam 9 malam, hanya di TV3 atau boleh menonton di LIVE TV kami di www.xtra.com.my atau boleh layari terus di Youtube TV3 Malaysia.
Salma Syahbuddin