‘Cepat Pulang, Sayang…’ Posting Vokalis Seventeen Buat Netizen Sebak

Isteri kepada vokalis kumpulan Seventeen, Ifan, Dylan Sahara masih belum ditemui sehingga kini selepas kejadian tsunami di Pantai Carita di Wilayah Banten, semalam.

Menerusi Instagram Ifan, dia berdoa agar isterinya pulang ke pangkuannya dengan selamat.

” Hari ini kamu ulang tahun, aku mau ucapin langsung, cepet pulang sayang Dylan Sahara,” tulisnya ringkas.

Hantaran itu mengundang simpati sebilangan besar pengikut Ifan di Instagram yang menitipkan pesan agar terus tabah dengan ujian berat ini. 

Anggota Seventeen, Herman Sikumbang atau Herman yang bermain gitar; M Awal Purbani atau Bani (bass) dan pengurus konsert, Oki Wijaya terkorban dalam kejadian itu.

SGMS Faida