Lazarul Tersingkir, Empat Protege Mara Ke Pentas Akhir Mentor 7

Konsert kelapan Mentor 7 menyaksikan protege Lazarul terpaksa mengucapkan selamat tinggal apabila diumumkan sebagai peserta tersingkir.

Ini sekaligus melenyapkan harapannya untuk mara ke pentas final yang berlangsung 30 Disember ini.

Biarpun tampil dengan persembahan luar biasa menerusi lagu solo I Have Nothing dan duet lagu O Sole Mio bersama mentornya, Datuk Syafinaz Selamat, Lazarul akur dengan keputusan.

” Syukur Alhamdulillah ini merupakan antara pencapaian terbaik pernah saya dapat dalam hidup. Saya percaya penyingkiran ini bukan garisan penamat.

” Saya berterima kasih kepada isteri dan anak-anak atas sokongan sehingga saya berjaya ke tahap ini. Tidak dilupakan mentor saya, Datuk Syafinaz yang banyak memberi tunjuk ajar. Terima kasih,” katanya selepas namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir.

Sementara itu, empat protege program realiti popular ini iaitu Pasya, Ranisha, Zaaim dan Azmirul bakal berentap di pentas akhir.

Mentor 7 disiarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentra, Shah Alam pada setiap Ahad jam 9 malam.

Jangan lupa saksikan konsert akhir Mentor 7 pada minggu depan! 

 

 

SGMS Faida