Categories: familuv

Inilah Trend Nama Bayi Di Amerika Untuk Tahun 2018, Pelik-Pelik Belaka!

Bagi orang Muslim, bila nak namakan anak, mereka mesti rujuk kepada perkataan-perkataan Arab yang membawa maksud yang baik.

Kalau tak pun, mereka akan ikuti trend nama-nama yang bukan saja berbunyi cantik tapi juga moden. 

Di Amerika pula, pilihan utama ibu bapa di sana tidaklah lain macam sangat. Sebaliknya, nama klasik Jackson dan Sophia menjadi pilihan tertinggi dalam Top 100 Baby Names untuk tahun 2018.

“Sophia mendominasi pilihan nama perempuan untuk tahun yang ke-9,” kata Linda Murray, ketua edior bagi BabyCenter iaitu sumber digital bagi topik-topik tentang keibubapaan.

“Ia mempunyai appeal yang global, ia boleh disebut dalam pelbagai bahasa, dan ia berbunyi feminin dan sofistikated pada masa yang sama.

“Jackson pula adalah suntikan moden bagi nama yang lebih klasik, Jack.”

Walau bagaimanapun, ada ramai ibu bapa dari golongan millennial dan Gen Z yang telah mencari inspirasi dari minat dan nilai-nilai murni yang mereka gemari pada tahun ini.

Mari kita lihat nama-nama yang berbunyi luar biasa tapi berjaya menarik minat ramai ibu bapa muda.

1. Nama ‘zen’

Foto: Country Living Magazine

Kesibukan hidup seharian pada zaman sekarang telah menyebabkan ibu bapa lebih gemarkan aktiviti kerohanian yang melegakan seperti meditasi dan yoga. Mereka juga memfokuskan semula perspektif mereka terhadap hal-hal duniawi.

Dan kerana itu, mereka memilih nama bayi perempuan seperti Peace (naik 66%), Harmony (naik 15%), Rainbow (naik 26%) dan Hope (naik 10%).

Ibu bapa kepada bayi lelaki pula memilih nama yang mesra-alam seperti Ocean (naik 31%) dan Sky (naik 38%).

2. Semua orang main Fortnite

Permainan video Fortnite telah menakluk dunia dan menarik minat 125 juga pemain dalam tahun pertamanya. Tapi bukan budak-budak saja yang main; ibu bapa pun main juga dan kerana itu, nama yang diispirasikan daripada permainan itu menjadi semakin popular.

Ramirez, nama karakter Fortnite telah naik sebanyak 57%! Nama jenis “skins” iaitu pakaian untuk watak-watak Fortnite pun popular juga!

Contohnya adalah Leviathan (naik 46% untuk bayi lelaki), Bunny (naik 30% untuk perempuan) dan Rogue (naik 47% untuk perempuan dan 21% untuk lelaki).

3. Nama yang anda boleh rasa

Memandangkan lebih ramai orang memilih untuk makan secara sihat, ramai ibu bapa dari golongan Gen Z dan Millennial memilih nama bayi yang mencerminkan gaya hidup mereka ini.

Untuk bayi perempuan, nama Kale (naik 35%), Kiwi (naik 40%), Maple (naik 32%) dan Clementine (naik 15%) semakin popular.

Herba dan rempah juga menjadi inspirasi kepada kedua-dua nama perempuan dan lelaki, iaitu Saffron (naik 31% untuk perempuan), Rosemary (naik 20% untuk perempuan) dan Sage (naik 15% untuk lelaki).

Foto: Clean and Delicious, The Spice House, Eat Well Utah, Alimentarium, facesandvoicesofrecovery.ca, kindersoaps.com, Soap Potions

4. Jennerasi seterusnya

Keluarga Kardashian-Jenner itu popular sangat sampai nama bayi-bayi mereka pun orang nak tiru. Beberapa ibu bapa bayi perempuan mengikuti Kylie Jenner (nama bayinya Stormi naik 63%) ataupun Rob Kardashian bersama Blac Chyna (nama bayi mereka Dream naik 42%).

Untuk bayi lelaki pula, nama anak Kim dan Kanye West, Saint, naik 42% manakala nama anak ketiga Kourtney, Reign, pula naik 27%.

Hmm, harap-harap anak-anak ini tak ditertawakan bila dah besar. Manalah tahu, mungkin nama-nama ini lebih diterima pada masa akan datang, dan ramai lagi ibu bapa yang menamakan anak mereka dengan nama ini?

Sumber: BabyCenter

Ad Ops

Recent Posts