Tapak Persembahan Dibadai Tsunami, Anggota Kumpulan Seventeen Meninggal Dunia

Tragedi tsunami di Anyer menyebabkan pemain bass band Seventeen, M Awal Purbani atau Bani maut, malam tadi.

Kejadian dilaporkan ketika kumpulan popular Indonesia ini Band sedang membuat persembahan di Tanjung Lesung Beach Resort.

Menerusi satu entri di Instagram, vokalisnya Iffan mengesahkan pemergian  sahabatnya manakala tiga lagi anggota kumpulan itu iaitu Andi, Herman dan Ujang, masih hilang.

Turut maut adalah pengurus band itu, Oki Wijaya.

Difahamkan, isteri Ifan, Dylan Sahara, juga masih belum ditemui.

Sebelum ini, anggota band d’Masiv, Rian Ekky Pradipta menerusi akaun Instagram, meminta agar peminat mendoakan keselamatan kumpulan Seventeen.

Seventeen yang dianggotai Bani, Ifan, Andi, Herman dan Ujang pernah menghasilkan empat buah album sebelum ini. Single berjudul Selalu Mengalah antara lagu yang mendapat tempat di Malaysia. Al-Fatihah…

SGMS Faida