Betul Ke Nasz Sally ‘Kembar’ Sherry Al Hadad?

Pelakon meningkat naik, Nasz Sally mengaku sudah terbiasa apabila sering disamakan dengan pengacara popular, Sherry Al Hadad.

Kata wanita berusia 33 tahun ini, dia tiada masalah malah menyifatkan Sherry sebagai rakan lama yang sudah berjaya menempa nama dalam karier lakonan.

“Empat tahun di dalam industri seni, ramai yang keliru saya dengan Sherry. Mungkin wajah atau fizikal kami yang seakan-akan membuatkan ramai samakan saya dengannya.

“Sifat kami yang banyak bercakap dan suka membuat lawak juga mungkin faktor orang ingat kami adik beradik. Saya kagum dengan bakat Sherry dan pernah bekerjasama dengannya di dalam sebuah drama sebelum ini,” kata pemilik nama penuh Nazurah Hanoom Hanafie. 

Sementara itu, pelakon yang pernah membintangi drama Kau Yang Pertama ini turut berharap ditawarkan karakter luar dari kebiasaan.

“Ramai yang kenal saya menerusi watak gila-gila atau komedi. Tetapi jika diberi peluang saya mahu mencuba berlakon untuk watak serius.

“Saya juga bermula sebagai pelakon teater ketika di Universiti lagi. Tiada masalah untuk saya lakonkan watak selain komedi,” ujarnya ketika ditemui di sidang media memperkenalksn program kanak-kanak musim cuti sekolah saluran Astro, baru-baru ini.

Oleh: Fas

SGMS Faida