Categories: Filem

Fadlan Hazim Lebih Berhati-Hati, Kenapa Tu?

Pelakon filem Sangkar ini mengakui dirinya perlu berhati-hati dalam mengetepikan keinginan untuk memiliki barangan berjenama dan terlalu kerap bercuti ke luar negara kerana meneydari dunai lakonan ada pasang surutnya.

Menurut Fadlan, 27 setiap kali menerima bayaran lakonan beliau akan mengetepikan bayaran tersebut untuk simpanan masa hadapan. Iniasiatif ini diambil sejak menceburi lakonan pada 2010 lagi.

Terbaharu, Fadlan kini mengusahakan penanaman cili menerusi kaedah fertigasi bersama beberapa ahli keluarganya.

Saya akui mengetepikan sebahagian pendapatan untuk melabur dalam perniagaan. Selepas berbincang dengan keluarga kami sepakat memulakan penanaman cili di Hulu Langat” Katanya.

 

Fadlan yang bakal muncul dengan drama Seadanya Aku menerusi slot Akasia di TV3 ini juga sebenarnya mampu untuk memiliki kereta mewah namun lebih selesa memilih kenderaan mengikut kemampuan dan paling penting memudahkan pergerakan beliau. 

” Saya sanggup mengetepikan keinginan untuk memiliki kereta mewah, superbike atau barang berjenama mahal kerana tidakmahu membazir . Memang seronok dapat menggayakan barangan berjenama tetapi buat apa jika tiada duit dalam simpanan” Tambahnya.

Wow! Bukan senang nak tengok pelakon zaman sekarang yang ada visi dan misi ni kan? Apapun, Xtra doakan agar karier dan perniagaan Fadlan berjalan dengan lancar.

Salma Syahbuddin