“Betul Saya Terlupa, Tapi Dah Pulangkan Pun” – Nina Iskandar

Kontroversi yang mengatakan beliau tidak memulangkan rambut palsu milik seorang jurusolek itu sekali lagi sengaja dibangkitkan bertujuan untuk menjatuhkan reputasi pelakon berbakat ini yang popular menerusi drama lakonannya Cinta Bukan Kristal yang disiarkan di slot Akasia, TV3.

Menurut Nina, rambut palsu yang bernilai RM1500 itu telahpun dipulangkan.

“Saya pernah mendapatkan khidmat jurusolek itu bagi menghadiri majlis  sebuah majlis pelancaran filem empat tahun lalu. Dan ketika itu, dia memakaikan saya penyambung rambut palsu, namun saya terlupa untuk memulangkannya”

Sumber : Instagram @ninaiskandar

“Jurusolek itu ada menghantar mesej kepada saya menerusi whatsapp untuk  bertanya mengenai rambut palsu itu dan saya membalasnya. Cuma, saya perlukan masa mencari semula rambut itu kerana terlalu padat dengan jadual dan sebagainya”

“Dan ketika menemui rambut palsu itu semula, saya terus memulangkannya. Tetapi saya pelik kenapa isu ini dibangkitkan semula kerana ianya sudah lama selesai.”

Apapun, bagi Nina, beliau tidak suka bercerita segala masalah kepada umum namun, terpaksa berbuat demikian untuk menjelaskan situasi sebenar dan membersihkan nama beliau berhubung isu ini.

Salma Syahbuddin