Betulkah Ardell Aryana Sakit Kanser?

Agaknya betulkah Ardell sedang menghidapi sakit kanser?

Isu ini timbul apabila rakan baik beliau yang juga merupakan seorang pelakon, Nadzmi Adhwa memuat naik video dilaman instagram beliau seolah-olah memberi bayangan yang teman rapatnya itu sedang menghidapi kanser.

Nadzmi memberitahu agar peminat-peminat semua mendoakan kesihatan Ardell agar kembali pulih seperti sedia kala. 

Jika dilihat menerusi akaun instagram milik Ardell, beliau juga dilihat telah memuat naik satu entri beserta gambar beliau yang seakan-akan redha dengan takdir beliau.
Tetapi, adakah itu juga merupakan hint yang beliau kini sedang menghidapi kanser? Apapun, sama-samalah kita tunggu penjelasan daripada tuan empunya diri sendiri okay!
Salma Syahbuddin