Konsert Sulung Projector Band Di Quill Convention Centre 28 Julai Ini

Akhirnya…setelah tiga tahun bertapak dalam industri seni suara, Projector Band bakal mengadakan konsert sulung mereka.

Para peminat kumpulan yang terdiri daripada lima anak muda iaitu Iskandar (vokalis), Razif (gitar utama), Edi (gitar kedua), Ahmad Khusairi (bass) dan Syafiq (dram) bakal ‘menghidangkan’ rangkaian lagu popular mereka di konsert itu nanti.

Konsert anjuran JW Live Productions Sdn Bhd ini bakal berlangsung di Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2018 (Sabtu).

Konsert selama satu jam ini bakal menyaksikan kumpulan ini mempersembahkan pilihan lagu popular mereka seperti Sudah Ku Tahu, Aisyah, Pasti Ada Kamu, Meskipun Kau Tahu dan banyak lagi.

Korang mesti tak sabar nak lihat persembahan Projector Band secara langsung kali ni kan? Yang penting, persembahan kekuatan vokal Projector Band ini antara yang dinantikan. 

Lebih menarik, Projector Band bakal mempersembahkan single terbaru berjudul Setia Menantimu. Harapannya agar peminat di luar sana setia menanti konsert sulung mereka ini nanti ya!

Bagi pembelian tiket, korang boleh dapatkannya di www.ticketcharge.com.my atau Ticket Charge Quill City Mall. Harga tiket boleh didapati dengan harga RM 50 (normal) dan RM 100 (VIP). Bagi pembeli terawal, korang berpeluang mendapatkan album Projector Band secara percuma (stok terhad). So, jangan lambat-lambat, dapatkan tiket hari ini. Jumpa di sana okay.

SGMS Faida