Bila Ke Panggung Wayang, Jangan PULANG Selagi…

Esok, filem Pulang bakal mula dipertontonkan kepada orang ramai. Karya hebat tulisan Mira Mustaffa ini pasti membuatkan anda tidak mahu berganjak daripada kerusi penonton. Kalau tak percaya, beli tiket esok!

Team xtra.com berpeluang menghadiri majlis pra tonton filem Pulang bersama penggiat seni serta pengamal media tanah air. Usai keluar daripada panggung, lihat respon mereka. Mesti anda pun rasa tak sabar nak tengok esok. Wohooo…


— Primeworks Studios – Film (@primeworksfilm) July 24, 2018

 

 

Hebat bukan? Bukan kami saja yang tak boleh move on malah pelakon utamanya, Remy Ishak turut mengaku hal yang sama. 

“ Saya ‘terperangkap’ dalam karakter walaupun penggambaran sudah habis. Ambil masa juga untuk lepaskan memori terindah di set penggambaran.

“ Bayangkan saya hampir lemas untuk mendapatkan babak terbaik dalam air. Saya rindu bau laut dan kenangan sewaktu penggambaran filem ini,” katanya.

Menarik tentang Pulang, proses pembikinan CGI diselesaikan di Vietnam. Pada mulanya, Primeworks Studio ingin mendapatkan khidmat Rhythm & Hues yang pernah menghasilkan untuk filem Oscar, Life of Pi. Tetapi terpaksa ditukar pada saat akhir. But hey, terbaik juga kan?

70% daripada babak dalam Pulang menggunakan teknik CGI. Malah, pelakon Remy dan Puteri Aishah akui agak sukar melakonkan watak berlatar belakang green screen.

Sudah tentu sukar untuk membayangkan imaginasi pengarah dan pakar CGI itu sendiri bukan? Namun, barisan pelakon Pulang berjaya menghabiskan kesemua babak sebaik mungkin. Memang cemerlang!

Pulang merupakan filem gandingan kali pertama pelakon Remy Ishak dan Puteri Aishah. Tetapi ia merupakan filem ketiga kerjasama pengarah Kabir Bhatia dan Remy. 

Dalam masa sama pencarian menggunakan #Pulang di laman sosial memperlihatkan keterujaan para penonton yang dah tak sabar menanti hari esok!

 

 

 

 

SGMS Faida