Featured By: Salma Syahbuddin October 25, 2023 @ 1:16pm

“Bila Menyindir Ni Mereka Ada Insecurity Issue & Tak Profesional” – Isu Perli Babitkan Pengacara & Program Lain, Sazzy Falak Mengaku Ada ‘Value’ Tersendiri

Pelakon, pengacara dan fesyen ikon, Sazzy Falak tampil memberikan respons terhadap isu ‘panas’ membabitkan tindakan sindir-menyindir hos rancangan dan program lain seperti yang tular baru-baru ini.

Menurut Sazzy atau nama penuhnya, Sazlini Shamsul Falak, 42, dia menganggap perkara itu sama sekali salah dan tidak profesional.

Bahkan, dia melabel hos tersebut sebagai seorang yang mempunyai masalah ‘insecurity issue’.

“Saya tidak tahu pasal isu ini, so basically apa yang diperkatakan mengenai isu itu adalah salah sama sekali. Go get a life!

“Kalau tengok saya dan kawan-kawan saya yang lain tak pernah ada isu itu sedangkan Atilia dia penyanyi dan menjadi pengacara juga dan kami tidak pernah ada isu sindir-menyindir.

“Bagi saya bila benda orang menyindir ni mereka ada rasa ‘insecurity issues’. Saya rasa kalau mereka rasa selamat mereka tidak akan ada masa untuk menyindir orang lain. Mereka akan sentiasa sibuk fikir pasal diri sendiri dan fikir pasal isu yang lebih penting.

“Daripada memandang kelemahan orang lain, kadang-kadang kita rasa itu adalah tidak profesional,” katanya.

Sazzy berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Women Talk yang diadakan di Tribe Boxing Studio, Petaling Jaya pada Selasa.

 

Mengulas lanjut,  Sazzy juga memaklumkan dia tidak akan mengacarakan program seperti itu apatah lagi jika diminta untuk berbuat demikian.

Baginya, tempoh 23 tahun dalam bidang pengacaraan sudah cukup membuatkan dirinya mempunyai ‘nilai’ tersendiri dalam bidang tersebut.

“Kalau nak kata create konten sebegitu untuk menarik penonton, Maybe? Itu saya tidak tahu tapi saya bersyukur Women Talk tidak buat seperti itu.

“Dan bagi saya, sekiranya perkara itu berlaku kepada saya, saya sendiri tidak akan buat. I have my own value! Kalau anda nak saya jadi hos, i have my value.

“Saya dah cakap dah yang saya tidak akan mengacarakan program yang melibatkan gosip, jadi sebab itulah saya berasa bangga untuk mengacarakan program seperti Women Talk ini.

“Walaupun mungkin program ini tidak mendapat perhatian sepertimana program gosip yang lain tapi kita di Women Talk ada isu yang lebih serius yang kita akan bincangkan dan bagi saya, saya ada integriti cuma jika ditawarkan untuk program seperti itu saya bukanlah orangnya,” jelasnya.

Sekadar info, Sazzy bakal tampil sebagai hos program bual bicara Women Talk Musim 4 yang akan bersiaran sebanyak 10 episod dan akan ditayangkan di TV3 dan Tonton pada setiap hari Sabtu, pukul 5 petang.

Women Talk merupakan program berbahasa Inggeris yang membincangkan tentang pelbagai topik termasuklah ‘Raising Children: Navigating Parenthood’ bagi ibu bapa baharu, mengendalikan perkahwinan di alam digital, melancong secara solo untuk para wanita, isu kemiskinan, masalah wanita dan banyak lagi.

Malah, untuk episod pertama Women Talk,  topik ‘Second Wave of Career Changes: In Your Middle Age’ akan dibincangkan bersama-sama tetamu jemputan Zaireen Iskandar dan Izra Izzuddin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Jan 2024

Kekal Tenang & Positif, Siti Nurhaliza Banyak Amalkan Istighfar

Mashaa-Allah, patutlah TokTi tenang & murah dengan senyuman sentiasa❤️❤️❤️

Featured Fri, 26 Nov 2021

Angkara Pembesar Suara Seorang Lelaki Kurang Siuman Terkoban Nyawa

Akibat pergaduhan yang membawa maut, polis telah menahan tiga suspek termasuk dua beranak yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu di pasar pagi Flat Jalan Ashby di Ipoh, Perak pada Khamis. Memetik laporan Sinar Harian, mangsa […]

Trending Wed, 12 Aug 2020

9 Individu Dikenakan Tindakan Tegas, Ingkar Arahan Kuarantin Rumah

Jangan degil dan jangan pentingkan diri sendiri!

Trending Wed, 23 Sep 2020