Bimbang Penonton Bosan, Anna Jobling Sedia Bergerak Solo Tanpa Meerqeen

Kerap digandingkan bersama Meerqeen, pelakon jelita Anna Jobling kini sedia bergerak secara solo demi mencipta kelainan dan kembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.

Menurut Anna, dia lebih bimbang sekiranya penonton mula muak dan bosan melihat dirinya sering digandingkan dengan pelakon lelaki itu.

“Sebabnya kami juga memiliki peminat secara individu. Jika terlalu kerap bersama Meerqeen dalam drama saya bimbang penonton akan bosan.

“Sebagai pelakon, kami hanya mahu orang menghargai kerja seni dan menghormati kehidupan peribadi,” katanya.

Biarpun pernah terfikir popularitinya akan merundum sekiranya dirinya tampil digandingkan bersama pelakon lelaki lain, namun Anna kembali bangun dan yakin dengan rezeki yang bakal mendatang.

“Sejujurnya, saya pernah terfikir populariti menurun jika tidak bersama Meerqeen lagi, tetapi saya percaya pada rezeki.

“Jika peminat berkurangan kerana tidak berlakon dengan Meerqeen untuk tempoh setahun dua, itu bukan satu masalah,” katanya.

Sebelum ini, nama Anna mula meningkat naik menerusi drama Melur Untuk Firdaus gandingannya bersama Meerqeen menerusi Slot Lestary, TV3.

Malah, mereka juga dikatakan sedang bercinta selepas berjaya mencipta keserasian bersama menerusi drama itu.

Hasil penangan dari drama itu, kehadiran mereka di Lapangan Terbang Soekarno disambut bagaikan artis ternama oleh peminat dari Jakarta, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki Mencurah Selepas Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling Kini Dilamar!

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling & Meerqeen Diserbu Peminat Di Jakarta! – “Level Artis K-Pop Tauuuuu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum Kutuk Orang, Cermin Muka Sendiri Dulu” – Anna Jobling Selar Netizen Suka Kutuk Fizikal

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Sangat Baik & Ada Chemistry Yang Kuat” – Anna Jobling Jawab Status Hubungan Cinta

Sumber: Kosmo

Fatin Nurain