Bintang Crash Landing On You, Son Ye Jin & Hyun Bin Selamat Timang Bayi Lelaki

Pasangan selebriti popular Korea Selatan, Hyun Bin dan Son Ye Jin secara rasminya menyambut kelahiran bayi lelaki mereka.

Memetik laporan allkpop, berita gembira itu disampaikan menerusi satu kenyataan yang dikongsi oleh agensi Son Ye Jin iaitu MSteam Entertainment pada 27 November, mereka berkongsi bahawa Son Ye Jin dan bayi berada dalam keadaan sihat.

“Son Ye Jin melahirkan seorang bayi lelaki hari ini. Kedua-dua ibu dan anak sihat,” lapor MSteam Entertainment.

Terdahulu, dilaporkan bahawa Son Ye Jin dan Hyun Bin akan menjangkakan kelahiran pada bulan Disember, tetapi Son Ye Jin melahirkan lebih awal daripada jangkaan.

Jun lalu, Son Ye Jin berkongsi berita gembira di Instagram mengenai kehamilannya.

Bintang drama popular Crash Landing On You itu mendirikan rumah tangga pada Mac tahun ini selepas kira-kira setahun dua bulan menjalin cinta.

Sumber: allkpop

Khairil Khusyairi