Nama Trending Di Twitter, Putera Mateen Jadi Tumpuan Sempena Lawatan Khas Sultan Brunei ke Malaysia

Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah menjadi tumpuan sehinggakan namanya trending di laman Twitter hari ini.

Hasil tinjauan XTRA mendapati rata-rata warganet meluahkan rasa teruja apabila lawatan khas Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia turut diiringi Pengiran Muda Abdul Mateen serta pegawai kanan kerajaan Brunei.

Hari ini Malaysia menyaksikan detik sejarah apabila Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Malaysia kira-kira jam 11.45 pagi tadi dalam siri lawatan khas baginda ke Malaysia.

Ketibaan baginda dan rombongan disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata, ini merupakan pertemuan julung kali antara kedua-dua pemimpin itu selepas Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November lalu.

Wisma Putra berkata, Anwar akan turut meraikan Sultan Hassanal Bolkiah serta rombongan dalam majlis santapan Tengah hari.

Khairil Khusyairi