Bob Lokman Telan 12 Biji Ubat Sehari

Sudah lapan hari rupanya penulis lirik, Bob Lokman terlantar di Hospital UiTM Sungei Buloh akibat masalah jantung, buah pinggang dan paru-paru.

Pemilik nama sebenar Mohd Hakim Lokman, 54, kelihatan tidak bermaya dan lesu ketika ditemuramah oleh Harian Metro.

Menurut Bob, dia terpaksa mengambil 12 jenis ubat untuk rawatan penyakit tiga serangkai yang dialaminya iaitu darah tinggi, kencing manis, jantung termasuk ubat elak serangan angin ahmar.

Penulis lirik lagu popular kumpulan Search, ‘Isabella’ ini memberitahu, sering mengalami kesukaran bernafas dan sukar untuk tidur apabila jantungnya lemah.

“Ketika ini doktor perlu seimbangkan keperluan air dalam badan saya. Paru-paru tidak boleh terima lebihan air tapi pada masa sama buah pinggang memerlukan cecair dalam jumlah tinggi,” cerita Bob.

Dalam keadaan kesakitan itu, Bob tetap bersyukur diberikan Allah  peluang hidup hampir 60 tahun dan menganggap ujian yang diterima ini sebagai pengajaran untuknya menghabiskan usia.

Dan jika ditakdirkan sihat Bob mahu meneruskan rancangannya meluaskan perniagaan katering dan nasi Arab yang diceburinya selama ini.

Bob mempunyai lapan orang anak berusia antara 4 hingga 25 tahun hasil perkongsian hidupnya bersama isteri, Relawati Daud, 40 tahun!

Kami di xtra berdoa semoga Bob cepat sembuh!

 

SGMS Fas