Categories: HiburanSelebriti

Boleh Ke Sajat Nak Anak Sendiri?

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat melawat sahabat baiknya, Dato Aliff Syukri dan isterinya yang baru sahaja menimang cahaya mata ke-4, Yusoff Al Qardawi.

Menerusi Instagram miliknya, Sajat  sempat berkongsi video dan gambar bayi tersebut. Malah, apa yang menarik perhatian adalah apabila Sajat membuat caption meminta netizen untuk mendoakan agar beliau mendapat bayi sendiri pada tahun depan. 

 

Sumber: Instagram @nursajat02

Kenyataan tersebut bagaimana pun mendapat perhatian netizen diluar sana yang mempersoalkan tindakan bahawa, bagaimanakah agaknya Sajat boleh mengandung dan sebagainya. Malah, ada juga segelintir mereka yang terhibur dengan ‘statement’ Sajat yang inginkan zuriat sendiri walaupun status jantina beliau sehingga kini masih tersimpan rapi.

Apapun, Sajat lebih mengetahui tentang kondisi diri beliau sendiri. Yang penting peminat beliau sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya dan hubungan nya bersama Coach Yin!

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

Ad Ops