Ronaldo Terus Tinggal Di Russia?

Nampaknya ‘kelibat’ Ronaldo masih kelihatan di bandar Russia meskipun pemain bola sepak Portugal sepatutnya sudah pulang selepas kalah dengan Uruguay.

Eh, tapi jangan salah sangka… Ronaldo memang dah balik cuma wajahnya sahaja ‘tertinggal’ di bandar itu.

Menariknya, pelukis mural, Yulia Antipova di bandar Saransk mengabadikan wajah pemain terbaik dunia itu di salah sebuah dinding di kejiranan bandar berkenaan.

Wanita ini menyiapkan mural sebesar 12 meter persegi dengan wajah senyuman pemain tersebut. Hebat kan?

“ Saya harap Ronaldo akan menghargai hasil mural ini jika kebetulan beliau melalui kawasan ini,” katanya.

Jika korang berkesempatan ke sana, bolehlah abadikan kenangan dengan berswafoto berlatarkan mural tersebut.

SGMS Faida