Remy Ishak Berang, Sifatkan Individu Terbabit Sebagai Kurang Ajar Dan Bodoh!

Walaupun sedang sibuk mempromosikan filem Pulang yang bakal ditayangakan tidak lama lagi, Remy Ishak baru-baru ini mengejutkan peminat-peminatnya apabila tampil membuat laporan polis akibat mendakwa dirinya itu telah difitnah oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Menurut instastory miliknya, Remy turut memberitahu tindakan lelaki tersebut disifatkan sebagai kurang ajar dan melampaui batas kerana bertindak bodoh.

” Saya baru balik aripda balai polis tadi. Saya membuat lapran polis sebab ada satu mamat dia kurang ajar dengan saya. Saya faham sekarang dunia viral tapi jangan nak ambil kesempatan dan jangan aniaya kami. Ya, saya tahu zaman sekarang semua orang nak glamor, kadang-kadang buat benda tak sepatutnya, mengaibkan orang dan buat video viral terutama berkaitan selebriti sebab nak glamor.” Katanya

Sumber : Instastory @remyishak

Walaubagaimana pun, Remy tetap tidak mendedahkan sebarang maklumat berhubung laporan tersebut termasuklah lelaki berkenaan.

” Ugut-ugut nak viralkan, nak fitnah, nak aibkan orang, where is your brain? Ada banyak cara lain nak dapat duit tetapi buat benda bangang sebab semata-mata nak satu kampung tahu masalah kau bodoh! Jelasnya 

Apapun, betul lah tindakan yang diambil oleh Remy Ishak. Mana taknya, sekarang ni netizen lebih gemar membuat viral terhadap berita-berita palsu dan tanpa usul periksa semata-mata mahu mendapat perhatian media. 

Salma Syahbuddin