Bosan ‘Diserang’ Netizen, Ayu Ting Ting Minta Carikan Suami

Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting antara selebriti yang sering mendapat perhatian di negara seberang.

Selain bakat mengacara dan menyanyi yang baik, status ibu tunggal milik Ayu juga sering menjadi bualan netizen.

“ Doakan saya berkahwin semula segera. Kamu carikan sajalah. Kalau jumpa, beritahu saya” katanya kepada KapanLagi.com di majlis resepsi pelakon Baim Wong dan isteri, Paula Verhoeven.

Sebelum ini, Ayu pernah digosipkan memiliki hubungan istimewa dengan pengacara dan penyanyi terkenal, Raffi Ahmad.

Gosip itu juga menyebabkan Ayu ‘diserang’ netizen Indonesia kerana Raffi sudah memiliki isteri dan anak.

Semoga Ayu segera bertemu jodoh. Manalah tahu, jodoh Ayu mungkin orang Malaysia? Eh!

 

SGMS Faida