WOW! Bella Hadid Jadi Pengikut Neelofa Di Instagram

Model terkenal dunia, Bella Hadid berada di ibu negara sejak kelmarin bagi menghadiri pelancaran produk terbaru di bawah jenama Tag Heuer.

Wanita tinggi lampai yang merupakan jenama duta itu turut diundang ke majls makan malam yang dihadiri oleh selebriti terkenal tanah air.

Antaranya adalah pengacara terkenal Neelofa.

Menariknya, selepas pertemuan itu, Hadid telah menjadi salah seorang pengikut Neelofa di Instagram.

Menerusi sebuah video yang sedang tular pada masa ini, Neelofa dilihat mengajar Hadid untuk menikmati juadah nasi lemak.

Sumber: Blitzenius Nazri

Perkongsian di ruangan IG Story Instagram Neelofa mencetuskan keterujaan peminat Hadid di Malaysia.

Menerusi laman Instagram Hadid pula, wanita berusia 22 tahun ini memuatnaik dua keping gambar yang memperlihatkan dirinya seronok berada di Kuala Lumpur.

Model yang memiliki pengikut sebanyak 21.3 juta di Instagram ini turut memuat naik gambarnya di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

” 5.00 am pick up. I’ll see you very soon KL. I miss you already,” tulisnya ringkas.

Wah, nampaknya Hadid suka dengan Kuala Lumpur dan mungkin juga dia akan datang lagi. Siapa tahu kan? 

 

SGMS Faida