Categories: Gaya Hidup

Ayuh Sejenak Membaca Kisah Ini Bersama Anak Anda, Agar Mereka Tahu Betapa Bertuahnya Mereka

Bangladesh merupakan sebuah negara yang sangat padat dengan penduduk menjadikan negara ini berada di tangga ke-5 populasi penduduk terbanyak di Asia dan tempat ke-8 di dunia.

Dikenali dengan status negara miskin, kehidupan kanak-kanak di negara itu jauh ketinggalan berbanding anak-anak golongan miskin di Malaysia, baik dari segi pendidikan, layanan mahupun hak kemanusiaan. 

Jika di Malaysia terdapat pelbagai bantuan untuk memastikan golongan miskin mendapat hak setara dalam pendidikan, kanak-kanak di Bangladesh pula sebaliknya apabila mereka terpaksa menjadi buruh kerana tekanan hidup susah. Jadi bersyukurlah wahai warga Malaysia!

Melalui perkongsian seorang jurugambar dari Bangladesh yang dikenali sebagai G.M.B Akash di laman Instagram, beliau bercerita tentang realiti hidup kanak-kanak di Bangladesh yang dunia tidak tahu. Kanak-kanak ini terlibat dalam sektor pekerjaan berat dan dapat dilihat di kawasan kilang, tapak perlombongan arang batu dan tapak pelupusan sampah.

Foto: Instagram gmbakash

Foto: Instagram gmbakash

Foto: Instagram gmbakash

Namun gaji yang mereka perolehi langsung tidak setimpal dengan jumlah kerja yang mereka lakukan setiap hari. Kanak-kanak ini menerima bayaran sekitar 400 Taka (±RM20) hingga 700 Taka (±RM35) sahaja sebulan.

Sebagai contoh, gambar berikut menunjukkan seorang kanak-kanak yang bekerja menjahit baju kanak-kanak dengan upah USD1 atau 84 Taka (±RM4.20) untuk 10 jam bekerja. Dia dipukul oleh majikannya hanya kerana kurang produktif disebabkan keletihan.

Bukan itu saja, sesetengah majikan bukan saja memukul malah menggari kaki kanak-kanak supaya mereka fokus kepada kerja. Lebih menyedihkan apabila perkara itu dilakukan bapa kandung sendiri sedangkan bapa lah yang seharusnya mencari rezeki untuk keluarga!

Foto: Instagram gmbakash

Disebabkan kesempitan hidup, kanak-kanak lelaki malang ini tidak berpeluang untuk bersekolah dan terpaksa membanting tulang dari usia yang amat muda demi mencari nafkah buat keluarga.

GMB Akash mengambil inisiatif dengan mengumpul dana melalui First Light Institute Photography untuk menampung keperluan pelajaran anak-anak ini.

Kesemua koleksi gambar mengenai kehidupan warga kota Bangladesh boleh didapati di dalam buku ‘Survivor’ hasil karya GMB Akash untuk membuka mata dunia mengenai kehidupan di negara tersebut. 

Foto: Instagram gmbakash

Sumber: VOCKET

Yanie Baharom