Pencarian Safari GROM Kembali Lagi, Jom Ke Cherating Pada 7-9 Disember Ini

SAFARI Grom Search dianjurkan oleh Safari Xtreme Sports & Events akan kembali ke Pantai Cherating, Pahang pada 7-9 Disember ini.

Merupakan satu-satunya acara sukan luncur air yang memberi tumpuan kepada belia dan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun, acara ini bertujuan menarik bakat tempatan dalam sukan luncur air.

Acara ini juga akan berlangsung selama tiga hari pada musim tengkujuh.

Bukan hanya aktiviti meluncur malah anda boleh membawa keluarga untuk menikmati live music dan persembahan istimewa oleh Andy Flop Poppy yang bakal menghiburkan anda nanti. Pasti meriah beb!

Penganjur turut memulakan pencarian GROMMET yang terbaik untuk menang wang tunai yang ditaja oleh Tourism Pahang sekaligus dipilih sebagai wild card oleh Rip Curl Malaysia untuk bersaing di Malaysia pada 2019.

Bukan itu saja, pemenang akan mendapat barangan tajaan Vans dan Haus Boom serta membawa pulang trofi istimewa SGS 2018 dikuasakan oleh Rip Curl.

Acara tahun ini juga terbuka kepada dua kategori iaitu shortboard dan longboard dan peserta bakal menang hadiah wang tunai RM 3000 dan Modenas Pulsar NS 200. Nak menang? Jumpa anda di sana okay!

SGMS Faida