“Brilliant Idea, Next Level!” – Percutian Keluarga Hanis Zalikha & Hairul Azreen Ke Pulau Guna Helikopter Curi Tumpuan

Inisiatif pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang menggunakan helikopter peribadi ditempah khas untuk membawa kedua anak mereka, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah bercuti ternyata mencuri perhatian.

Menerusi muat naik rakaman video di Instagram milik Hanis, dapat dilihat keluarga ini mengabadikan momen manis mereka sepanjang perjalanan menikmati percutian ke destinasi pilihan.

“From KL city to the beach. MasyaAllah,” tulisnya.

 

This is such a brilliant idea Hanis!

Malah, idea bernas yang diambil pasangan ini turut menjadi inspirasi buat pasangan selebriti lain termasuklah Fazura untuk menggunakan perkhidmatan yang sama demi menjaga keselamatan dan mengelak kesesakan.

“ohhh, to be this rich…”

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang melabel percutian pasangan ini sebagai ‘kayangan’ dan next level kerana hanya orang kaya sahaja yang mampu berbuat demikian.

Tidak hanya Hanis, pelakon filem Paskal, Hairul Azreen juga turut memuat naik hantaran video memaklumkan ini merupakan percutian yang pertama buat anak keduanya, Alisa gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Apapun, tidak salah mengambil keputusan dengan bijak atau berbelanja lebih demi keselamatan orang tersayang kan? Bak kata pepatah, ukur baju dibadan sendiri.

Salma Syahbuddin