“Sekarang Dah Hilang Hormat” – Gara-Gara Biadap Terhadap Warga Emas, Baim Wong Kena Kecam

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong dikecam oleh netizen setelah video dirinya memarahi warga emas di tepi jalan tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, pelakon itu dilihat bertindak biadap terhadap seorang warga emas berusia 77 tahun yang meminta sedekah.

Kemudian, Baim berasa tidak selesa lalu menegur orang tua itu dengan cara yang tidak sopan dan sombong.

Baim turut menasihati individu itu untuk berhenti mengemis dan mula bekerja.

Menerusi komen yang ditinggalkan di ruang TikTok, rata-rata netizen di media sosial mengatakan bahawa mereka telah hilang rasa hormat terhadap pelakon itu.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @wordafrica itu telah meraih sebanyak 22.3 juta tontonan dan lebih dari dua juta tanda suka sejak ia dimuat naik pada Selasa.

@wordafrica

😔#baimwong #baimpaula #xyzbca knpa tiba2 jdi gini.

♬ bunyi asal – Dunia afrika – cek mi

Marcella