BTS Muncul Dengan Kolaborasi Bersama Halsey Dalam ‘Boy With Luv’

Kumpulan idola K-pop terkenal, BTS sekali lagi muncul dengan kolaborasi bersama Halsey dalam trek berjudul ‘Boy With Luv’, trek tersebut merupakan trek utama dalam album Map Of The Soul: Persona yang bakal dikeluarkan BTS. 

Klip video berdurasi 46 saat tersebut  menampilkan kesemua ahli kumpulan BTS dan Halsey di sebuah teater filem, klip tersebut dimuat naik di laman web rasmi BTS dan akaun sosial.

Babak tersebut kemudian diganti dengan kemunculan tujuh anggota kumpulan BTS berdiri di atas sebuah pentas, berlatarbelakang perkataan Love.

Penyanyi Amerika berusia 24 itu merupakan penyanyi terbaru yang dipilih untuk berkolaborasi bersama kumpulan K-pop terkenal itu. Terdahulu, BTS pernah berkolaborasi bersama Steve Aoki dan Nicki Minaj.

Halsey memulakan debutnya pada tahun 2005, album keduanya Hopeless Fountain Kingdom muncul dalam carta 200 Billboard pada tahun 2017.  Halsey turut pernah memuatnaik gambar bersama- sama BTS pada bulan Ogos tahun lalu ketika beliau membuat persembahan di Seoul, Korea. 

BTS bakal muncul di rancangan popular Amerika, SNL untuk mempromosikan album baru mereka.

 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”