Majlis Kahwin Anak Dikecam Netizen,Normah Damanhuri Mohon Maaf

Mungkin akibat teruk dikecam warganet susulan menjemput penari ‘maknyah’ menari aksi lucah pada majlis perkahwinan anaknya Sabtu lalu, pelakon veteran Normah Damanhuri tampil memohon maaf melalui laman sosial Instagram miliknya, petang tadi.

“Assalamualaikum, saya Normah Damanhuri terlebih dahulu memohon maaf kepada semua di atas kekhilafan majlis perkahwinan anakanda saya, Ahya dan pasangannya, Shahirah.

“Untuk pengetahuan semua, sebenarnya persembahan ‘paper doll’ itu sepatutnya persembahan tarian tradisional, ‘miming’, lawak jenaka, gurau santai dengan tetamu dan ala Bollywood.

“Tapi tak sangka pula pakaian mereka keterlaluan untuk majlis perkahwinan,” katanya.

Oleh itu, Normah mewakili keluarganya sekali lagi memohon maaf di atas apa yang berlaku.

Dia juga berjanji akan lebih berhati-hati serta tidak mengulanginya lagi selepas ini.

Hujung minggu lalu, video rakaman seorang penari lelaki menyerupai wanita separuh bogel menari aksi lucah membuat persembahan ketika acara makan beradab pada majlis perkahwinan anak lelakinya di sebuah hotel terkemuka di sini.

Video tular itu dipercayai dimuat naik oleh kakak Ahya, Liana Rosli yang dikenali sebagai Kak KM di kalangan pengikut laman sosia di ruangan Instastory miliknya.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida