Hiburan By: SGMS Faida November 2, 2019 @ 3:20pm

‘Buat Apa Nak Takut’- Amyra Rosli Komen Imej Baharu

Pelakon jelita Amyra Rosli yang kini tampil dengan imej berhijab memberitahu dia tidak ‘takut’ dengan tawaran berlakon selepas ini.

Kata Amyra ketika ditemui memaklumkan dia percaya dengan rezeki dalam dunia lakonan tidak akan terjejas hanya kerana dirinya sudah berhijab.

“Kalau kita lihat ramai selebriti berhijab yang berjaya membina nama malah kekal di puncak karier. Contohnya Neelofa, Mira Filzah, Lisa Surihani, Mizz Nina dan ramai lagi.

“Rezeki ditentukan olehNYA jadi buat apa saya perlu takut malah mahu bekerja lebih keras lagi. Peminat juga suka dengan penampilan terbaharu saya,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran pewangi Ambi Pur Bathroom di Mydin Subang, baru-baru ini.

Sementara itu, Amyra juga lebih selesa memberitahu peminat secara perlahan dan berharap penerimaan yang positif.

“Mungkin ada yang terkejut jika lihat saya ada memuatnaik gambar yang memaparkan wajah untuk iklan posting produk di Instagram.

“Saya masih lagi ada komitmen yang memerlukan saya untuk muat naik di media sosial yang tak bertudung. Namun bukanlah bermaksud saya kena ambil gambar tak bertudung, ia gambar lama yang pelanggan sudah luluskan dan wajib saya muat naik.

“Saya harap semua pihak jangan memaksa atau desak saya untuk cakap saya sudah bertudung sepenuhnya. Saya sendiri mahu mendiamkan diri. Doakan yang baik-baik,” akhiri heroin drama Nur 2 ini.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Jun 2019
Hiburan Tue, 7 May 2024
Featured Fri, 23 Sep 2022
Featured Mon, 29 May 2023
Trending Wed, 8 Jun 2022

Isu Duit RM15,000 Kena Songlap, PA Fify Azmi Tampil Beri Penjelasan – “Dia Tak Tahu Buat Invois…”

PA Fify jelaskan perkara sebenar tentang dakwaan bawa lari duit RM15,000.

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Feeya Iskandar Hamil Anak Kedua

Melalui laman Instagram penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar telah berkongsi berita gembira dimana dirinya itu kini sedang hamil anak kedua. Feeya atau lebih mesra dipanggil Cik Piah itu mengumumkan berita tersebut pada 23 November lalu, […]

Hiburan Sun, 25 Aug 2019

Wow…Melly Goeslaw Jadi Tokey ‘Ole-Ole’ Pula!

Semoga dapat sambutan dari orang ramai di Bali!