Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 7, 2024 @ 7:00am

“Silent Supporters Lebih Ramai” – Ruhainies Nafi Syok Sendiri Balas Soalan ‘Ask Me Question’ Di IG, Maklum Dapat Banyak Tawaran Kerja

Aktres sensasi, Ruhainies tampil menjelaskan dakwaan yang mengatakan dia sendiri yang membalas soalan-soalan di ‘Ask Me Question’ di Instagram (IG) baru-baru ini.

Bercakap kepada XTRA, Ruhainies menafikan perkara tersebut sebaliknya memaklumkan jumlah tontonan (views) di Insta storiesnya melonjak.

“Satu Malaysia tahu benda ini viral, saya ada dua hingga tiga juta views yang tengok IG setiap hari.. jadi tiada keperluan untuk saya berbalas dengan diri sendiri.

“Dalam tiga juta, takkan tak ada seorang pun yang positif. Mungkin korang semua nampak komen negatif di media sosial lain, tapi yang silent supporters (penyokong dalam diam) lagi ramai.

“Semua orang mempunyai pendapat berbeza, tapi kita tak boleh nak samakan semua,” katanya kepada XTRA.

Ruhainies ditemui pada majlis Rumah Terbuka Fiziwoo di Bukit Setiawangsa, pada malam Isnin.

Dalam pada itu, Ruhainies turut memaklumkan kontroversi yang terpalit dengan dirinya sedikit sebanyak terjejas namun dalam masa sama bersyukur mendapat banyak tawaran kerja dari negara seberang.

“Apa yang saya boleh katakan disini, apa yang berlaku ada hikmahnya sendiri. Tipulah kalau tak terkesan langsung, pasti ada tapi ada kelebihannya juga. Allah dah susunkan, setiap ujian pasti ada hikmah.

“Saya dapat banyak tawaran baru dari negara seberang. Saya tak boleh nak cerita lanjut sebab masih dalam proses perbincangan. Cerita ini bukan setakat viral di Malaysia, tapi sampai ke luar negara juga, ke China pun.

“Saya doakan kontroversi ini tidak akan jejaskan karier seni saya… harap-harap la,” ujarnya.

Sebelum ini, kecoh industri hiburan apabila Ruhainies dan Aliff Aziz didakwa ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz” – Ruhainies Harap Semua Pihak ‘Move On’

ARTIKEL BERKAITAN: Bongkar Bukti Perbualan, Didi Astillah Dakwa Penjelasan Aliff Aziz Di Podcast Dirancang Bersama Ruhainies Untuk Jatuhkan Bella Astillah – “Dia Berubah Sejak Mereka Shooting”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Dapat Putar Balik Masa, Saya Tak Akan Cerita” – Hubungan Dengan Ruhainies Berputik Selepas ‘Curhat’ Masalah Rumah Tangga, Aliff Aziz Akui Menyesal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

’Beri Kami Masa, Peluang Perbaiki Kesilapan’- Ibu Haneesya Hanee Mohon Netizen Henti Tohmahan

Semua manusia tidak pernah lari daripada buat silap, maafkan dia…

Featured Fri, 14 Jun 2024

Sharifah Rose Dan Aniq Durar Terjebak Cinta Dua Darjat

Korang jangan lupa saksikan okay drma terbaru ni!!

Trending Sun, 24 Apr 2022

Polis Jangka 1.4 Juta Kenderaan Masuk Kedah Aidilfitri Ini

Jangkaan trafik ke Kedah sempena Aidilfitri

Trending Wed, 17 Oct 2018

Kena Bagi ‘Password Phone’ Kalau Anda Bercuti Ke New Zealand. Kalau Tak Nak Bagi Kena Denda!

Denda akan dikenakan iaitu tidak melebihi NZD5,000 (RM13,461.99)! 

Featured Sun, 6 Mar 2022
Featured Mon, 29 May 2023
Featured Thu, 1 Dec 2022

“Kenapa Nampak Lagi Cantik Lepas Beranak…” – Netizen Puji Rupa Paras Ayda Jebat

Pasti ramai yang mengenali pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang kini sudah menjadi seorang isteri dan juga ibu kepada anak sulungnya, Ana Nayla. Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik Ayda di laman TikTok berjaya […]

Trending Mon, 15 Jun 2020

Golongan Ibu Positif Covid-19 Boleh Teruskan Penyusuan

Ini mungkin maklumat yang bagus untuk anda!

error: Content is protected !!