Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 18, 2019 @ 8:45pm

’Beri Kami Masa, Peluang Perbaiki Kesilapan’- Ibu Haneesya Hanee Mohon Netizen Henti Tohmahan

Susulan kontroversi yang melanda anaknya, Haneesya Hanee bekas juara Dewi Remaja musim 2018/2019, ibunya Nor Sakuraneeda tampil memohon maaf.

Luahnya di laman Facebook, dia memohon netizen dan orang di luar sana agar memaafkan kesalahan anaknya.

“Tetapi percayalah, kesilapan dilakukan itu adalah kerana dia terlalu tertekan dengan hidup menjadi anak yang sempurna.

“Tolong maafkan dia dan jangan ungkit aib dia… beri masa untuk saya perbaiki kesilapan dalam mendidik anak. Dia anak yang baik tidak pernah abai tanggungjawab sebagai anak,” katanya yangmemohon maaf mewakili Haneesya.

Sementara itu, wanita ini memberitahu kekhilafan ini berpunca daripada kerana tidak pandai mendidik anak.

“Dia selalu pimpin tangan saya naik dan turun tangga, saya juga pimpin tangan dia masa dia belajar dalam industri seni ini, kini masa saya untuk saya pegang tangan disaat dia jatuh bila ALLAH beri teguran.

“ALLAH bukan sengaja menegur dia dengan keras tapi kerana ALLAH sayang dia dan saya. Saya tidak leka jadikan dia Malaikat.

“Dan dia tidak leka jadi syaitan… berilah masa, ruang, peluang untuk kami berdua perbaiki kesilapan yang terjadi ini,” luahnya.

Tambahnya, dia meminta pihak luar memberi ruang kepada anaknya untuk memperbaiki kesilapan dalam masa sama turut berterima kasih atas sokongan menaikkan semangat anaknya.

“ Buat semua keluarga dan penyokong yang tak jemu support kami ucapkan jutaan terima kasih. Terima kasih juga pada yang menepuk tangan penuh sindiran atas ujian yang ALLAH bagi pada kami.

“ Terima kasih juga kerana disaat anda mengeji Allah tunjukkan siapa yang masih ikhlas bersama kami. Kepada mereka yang sanggup datang kerana risau, hanya ALLAH sahaja mampu memberi kebaikan. Terima kasih masih percaya dan memberi peluang untuk Haneesya untuk buktikan dia bukan ‘fake’.

“Tapi dia insan baik hati hanya menjadi mangsa ibu yang inginkan kesempurnaan yang terbaik buat anaknya …Maafkan saya,” tambahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Mar 2022
Hiburan Fri, 13 Sep 2024

Status Perkahwinan Akhirnya Terjawab, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

Sedihnya 😭💔 Mungkin ini apa yang terbaik untuk mereka, kita tak tahu apa yang Fazura pendamkan 🥲

Hiburan Thu, 15 Dec 2022

Kongsi Video Main Teka-Teki, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Sari Yanti & Jep Sepahtu

Pelakon Sari Yanti memuat naik perkongsian yang memaparkan dia dan suami, pelawak Jep Sepahtu bersama anak-anak sedang bermain teka teki. Menerusi hantaran tersebut, Jep sedang melukis gambar haiwan dan meminta anak-anaknya untuk meneka haiwan terbabit. […]

Events Wed, 23 Jan 2019

Start a New CNY Tradition in Your Family by Spending it in a Water Theme Park

It’s a different but still very fun way to spend the auspicious holiday together.

Hiburan Thu, 11 Jul 2019

How Did EXO’s Baekhyun React when a Question about BTS was Asked on his First Solo Album’s Showcase?

On a press conference of EXO’s Baekhyun’s First Solo Album Showcase, a reporter stirred up the scene when BTS was mentioned.

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

首要媒体超越谷歌和脸书!成为大马人最受欢迎的移动内容

马来西亚最大的整合媒体公司首要媒体超越谷歌和脸书,成为马来西亚人最受欢迎的移动内容!

Featured Sun, 3 Jul 2022
error: Content is protected !!