Trending By: Maya Basir June 8, 2022 @ 3:39pm

Isu Duit RM15,000 Kena Songlap, PA Fify Azmi Tampil Beri Penjelasan – “Dia Tak Tahu Buat Invois…”

Pembantu peribadi (PA) pelakon Fify Azmi yang dikenali sebagai Nora tampil membuat penjelasan selepas dituduh melarikan duit sebanyak RM15,000.

Nora mengakui kesilapan kerana sikap cuainya dan tidak menyedari bahawa pihak Skop Production sudah lama melunaskan bayaran Fify melalui akaun bank miliknya.

Menurutnya, disebabkan pelakon itu tidak tahu cara mengeluarkan invois, bayaran tersebut dimasukkan ke dalam akaunnya.

“Saya tak pernah lari… Saya ada balas mesej dia tapi lambat sebab ada urusan kerja lain. Berkenaan dengan bayaran itu, sebenarnya ada salah faham dan saya pun sudah jelaskan kepada dia.

“Saya mengaku memang kecuaian daripada pihak saya. Saya tak perasan yang pihak produksi sudah memasukkan bayaran Fify ke dalam akaun saya. Ikutkan semua bayaran job masuk dalam akaun Fify.

“Cuma kali ini saja masuk akaun saya sebab melibatkan invois. Fify tak tahu buat invois, jadi saya buatkan guna nama syarikat saya sebab itu produksi masukkan bayaran dalam akaun saya.

“Pihak produksi tak update saya mengenai bayaran yang telah dimasukkan dalam akaun saya. Kesilapan saya pula, tak check akaun,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fifyazmi (@fifyazmi)

Sebelum ini, Fify atau nama sebenar Nur Afiqah Mohammad Azmi melaporkan di Balai Polis Subang Jaya pada Isnin bahawa dia kerugian sebanyak RM15,000 dan mendakwa dilarikan oleh pembantu peribadinya yang merupakan bayaran 50 peratus daripada jumlah keseluruhan filem Special Airforce Anarchy.

Nora sangat terkejut dengan tindakan Fify memuat naik laporan polis dan fotonya di media sosial memandangkan mereka sudah berbincang tentang pembayaran semula wang itu sebanyak RM12,000 atas persetujuan bersama.

“Saya mengaku mungkin saya ada terpakai duit daripada bayaran itu sebab tak perasan. Tapi saya dah beritahu dan jelaskan kepada Fify yang saya akan bayar secara ansuran duit dia.

“Atas persetujuan, saya hanya kena bayar RM12,000 kepada Fify. Saya ingatkan semuanya sudah dijelaskan sebab kali terakhir kami berhubung tiga hari lalu dan masing-masing terus senyap.

“Tak sangka pula, tiba-tiba semalam dia viralkan tentang saya di laman sosial. Takkanlah saya nak larikan diri, saya pun cari rezeki dalam industri yang sama.

“Kalau saya ini selalu buat perangai, sudah tentu artis lain pun tak nak ambil saya bekerja. Tapi saya tak pernah buat masalah sepanjang bekerja dengan artis lain,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ni Salah Satu PA Dari Neraka”- Kena Tipu RM15,000! Fify Azmi Serang Pembantu Peribadi, Buat Laporan Polis

Sumber/foto: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Thu, 28 Jul 2022

Ahirine Ahirudin Risau Berlakon Di Samping Hattan

Mestilah nervous, artis otai tu!

Featured Fri, 13 Jan 2023

[VIDEO] Pertama Kali Live Di TikTok, Jep Sepahtu Teruja Terima Pelbagai Gift Dari Pengikut!

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu sering menghiburkan hati ramai penonton dengan gelagat lucunya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang memaparkan Jep teruja apabila menerima gift oleh pengikutnya di platform TikTok. Menerusi hantaran tersebut, Jep […]

Featured Fri, 17 Feb 2023

“Perhatianmu Menyeru Rasa…” – Look At This, DOLLA Tidak Peduli Kata Orang Lain

Hidup bukan untuk puaskan hati orang.. Mantap lah lagu baru DOLLA

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

Selepas Pematah Hati, Vroom Vroom Lah Pula!

Tak sabar nak dengar lagu terbaru Nabila! Lagu-lagu ciptaan Hael Husaini & Ezra Kong ni selalunya memang ONZ.

Featured Mon, 14 Feb 2022

Bazar Ramadan Dibenarkan Beroperasi Tahun Ini – PM

Yeay! Boleh pegi bazar Ramadan nanti