Featured By: Maya Basir February 17, 2023 @ 8:13pm

“Perhatianmu Menyeru Rasa…” – Look At This, DOLLA Tidak Peduli Kata Orang Lain

Nama kumpulan nyanyian DOLLA terus memuncak di persada seni tempatan dan kembali menghiburkan peminat dengan kemunculan lagu single baru mereka yang berjudul Look At This.

Lagu ini dicipta dan ditulis dalam Bahasa Inggeris oleh penciptanya yang berasal dari Sweden namun telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia khas buat peminat-peminat DOLLA.

Menurut salah seorang ahli kumpulan DOLLA, Tabby memberitahu lagu itu menceritakan tentang keyakinan diri seseorang.

“Ia berkisar keyakinan diri dan tidak mempedulikan kata orang lain. Lagunya yang rancak juga memberi gambaran tentang keperibadian seseorang yang yakin dengan penampilan dirinya yang menarik.

“Malah ada bait lirik yang berbunyi “kau pandang di sini mata memerhati, but I ain’t worried bout that,” ujarnya.

Selain itu, proses penulisan lagu kepada Bahasa Malaysia mengambil sedikit masa kerana untuk mendapatkan ‘feel’ yang sama seperti lirik asal dalam Bahasa Inggeris.

“Ia memakan masa kerana kami perlu mencari lirik Bahasa Malaysia yang sesuai di dalam Bahasa Inggeris.

“Kami bekerja berbulan-bulan dengan pasukan kami serta Cikgu Shafi, dan juga SYA yang membantu menyempurnakan lirik tersebut.

“Untuk bahagian rapnya kami dibantu Yonnyboii dan ASYRAF NASIR untuk menyedapkan lagi lagunya.

“Berkat bantuan semua pihak hasilnya menjadi satu kejayaan buat kami. Kami sangat berpuas hati dengan karya ini dan rasa segala penat lelah kami berbaloi,” katanya lagi.

Mengulas tentang cabaran untuk penghasilan muzik video lagu ini, Sabronzo memberitahu mereka terpaksa melalui beberapa cabaran.

“Cabaran pertama adalah kami terpaksa siapkan video muzik dalam satu hari lebih gara-gara cuaca yang buruk.

“Yang kedua adalah kami terpaksa mengumpul tenaga dan bersengkang mata selama 28 jam untuk menyiapkannya.

“Pada asalnya kami ada dua hari tapi sebab cuaca begitulah halangan mendatang,” kata Sabronzo.

DOLLA berharap lagu ini dapat diterima oleh semua termasuk pasaran antarabangsa. Ia sesuatu yang berbeza dari apa yang kerap mereka tampilkan sebelum ini.

Single Look At This boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan Youtube Music mulai 17 Februari jam 12 tengah malam.

Manakala, muzik video boleh ditonton di laman Youtube DOLLA pada 17 Februari jam 9 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Apr 2021

Syabas! Ejen Ali The Movie Terpilih Mewakili Malaysia Ke Brazil

Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie berjaya mencipta sejarah skali lagi apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021, di Brazil. Pengarahnya, Usamah Zaid Yasin berkata, pencalonan itu semestinya cukup

Trending Fri, 5 Jun 2020

Pasar Di Selangor Akan Mula Dibuka Esok

Khas buat penduduk Selangor..

Trending Wed, 27 Jan 2021

“Orang Kata Saya Angkuh…”- Dr Noor Hisham Abdullah

Jangan main serkap jarang je gaisss…

Trending Sat, 14 Dec 2019

Greta Thunberg, 16, dinamakan ‘2019 Person of the Year’ oleh majalah TIME

Kecil molek tetapi kebijaksanaannya mengalahkan orang tua!

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

Johan Mengaku Silap?

Kesian Johan..

Featured Wed, 21 Jul 2021

Beri Kebenaran Kilang Beroperasi Jika 80 Peratus Pekerja Lengkap Dos Kedua

Kerajaan sedang mengkaji untuk memberi kelonggaran kepada syarikat atau kilang yang 80 peratus pekerjanya sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin untuk beroperasi semula. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  perkara itu masih

| Live TV