Featured By: Aqilah Paharuzi April 13, 2022 @ 5:21pm

#WhazzupNetizen: Jovian Mask Dilabel ‘Hauk’, Cef Ammar Hadkan Jumlah Pembelian & Lukisan Parlimen Dibeli Sultan Selangor

Kembali dalam segment #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. Jovian Mandagie Dakwa Pelitup Muka ‘Hauk’

Usahawan dan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie menjadi perbualan hangat netizen di serata ruangan media sosial dek kerana mengeluarkan kenyataan mengenai pelitup muka ‘hauk’ berikutan isu pelitup muka bukan perubatan yang memerlukan perakuan SIRIM.

Meninjau di ruangan media sosial, ramai yang mendakwa Jovian bersetuju dengan perakuan SIRIM berikut hanya kerana mahu mengaut keuntungan atas statusnya seperti yang didakwa netizen.

Namanya teruk dihenyak netizen lebih-lebih lagi selepas satu video mempromosikan pelitup muka jenamanya hangat diperkatakan di media sosial iaitu video live Jovian bersama duta produk, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengundang kecaman netizen kerana tali pelitup muka berkenaan terputus.

Menerjah ke ruangan Twitter, rata-rata netizen yang seakan berkata kenyataan Jovian yang melabel pelitup muka lain ‘hauk’ seolah-olah telah memakan diri sendiri.

2. Cef Ammar Dikecam Gara-gara Harga Mahal & Beratur Lama

Kecoh di ruangan media sosial Twitter baru-baru ini mengenai pengusaha nasi Arab Lamb Shank yang digemari ramai telah mencetuskan amarah pembeli.

Ramai yang mendakwa nasi Arab Cef Ammar ini dikatakan dijual dengan harga yang sangat mahal sehingga dilabel harga Tel Aviv.

Setelah itu, muncul pula isu tular yang baru apabila seorang pembeli lelaki yang bertindak untuk memarahi Cef Ammar kerana berang beratur terlalu lama untuk membeli tetapi tidak berkesempatan.

Susulan itu, Cef Ammar membuat keputusan untuk mengehadkan jumlah pembelian kepada empat bungkus untuk setiap seorang bermula pada hari Rabu, bagi bersikap adil dan untuk mengelakkan pergaduhan.

Meninjau di ruangan media sosial Twitter, rata-rata netizen bersetuju dengan keputusan Cef Ammar itu dan ada juga dalam kalangan mereka yang memuji keenakan nasi Arab Cef Ammar serta berpatutan dengan harga yang dijual.

3. Lukisan ‘Nakal’ Parlimen Dibeli Sultan Selangor

Tular di media sosial sejak semalam mengenai hasil karya seni ‘nakal’ parlimen yang telah menarik perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang berniat untuk membelinya.

Sultan Selangor berkenan dengan karya tersebut sebaik pertama kali melihatnya dan hendak menggantung lukisan tersebut di bilik peribadi baginda.

Apa yang paling menarik perhatian ialah, lukisan ‘nakal’ tersebut memaparkan keadaan parlimen yang berkonsepkan lukisan simbolik seperti beruk, katak dan orang utan.

Meninjau di ruangan Twitter, rata-rata warganet seakan memahami maksud disebalik lukisan tersebut di mana menurut mereka sangat mendalam sehingga digelar sebagai ‘art berat’.

Ada juga dalam kalangan netizen yang memuji pelukis disebalik karya seni itu yang dikatakan sangat berani kerana dipercayai menonjolkan kebenaran.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 Feb 2021
Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Azira Shafinaz Menemui Jodoh Tetapi….

Azira Shafinaz akui sering ditanya soal kahwin.

Trending Fri, 27 Mar 2020
Trending Sun, 25 Apr 2021

Dia Bagiku Serlah Emosi Keperitan Cinta Tiga Segi

Dah lah cantik, suara pun sedap lahai…

Featured Tue, 18 Apr 2023
Featured Fri, 21 May 2021

Tengku Puteri Afzan Aminah Digelar Beauty With Brain, Kini Pelajar Jurusan Akaun Di London

Semakin dewasa semakin terserlah kejelitaan YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mencecah usia 21 tahun. Puteri diraja itu sering meenjadi perhatian tatkala menemani bundanya, Seri Paduka Raja Permaisuri Agong Tunku […]

Cahaya Mata Tue, 10 Jan 2023

Kongsi Perbualan WhatsApp, Anak Ozlynn Terima Pujian Solat & Mengaji Di Masjid

Pelakon Ozlynn berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama anak sulungnya, Ahmad Ariq dimuat naik di Instagram.   View this post on Instagram   A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) Menerusi hantaran terbabit, Ariq […]

error: Content is protected !!