Featured By: Yanie Baharom March 4, 2020 @ 12:18pm

Rahsia hitam di sebalik produk kecantikan kegemaran kamu…

Kesemua produk solekan mahupun penjagaan wajah pasti terdapat kandungan mica di dalamnya.

Lalu apakah fungsi mica ini? Untuk pengetahuan umum, mica adalah sejenis mineral yang biasa disebut silicate minerals, yang lazimnya dihancurkan dan digunakan dalam produk solekan atau
penjagaan wajah.

Mica yang berbentuk kepingan cermin pecah, dihancurkan menjadi bubuk akan memberikan efek berkilau dan gemerlapan saat dioles ke atas kulit.

Produk solekan paling mudah dikenal pasti menggunakan bahan ini adalah pembayang mata, pengilat bibir dan bronzer.

Kilauan dan gemerlapan mica ini sememangnya mampu memberi efek luar biasa kepada si pemakai, tambahan pula dengan teknik solekan dewy (kulit seakan berkaca) yang betul serta padanan warna bersesuaian kulit.

Oleh kerana itu bahan mineral ini mendapat permintaan yang sangat tinggi terutamanya dalam kalangan syarikat pengeluar produk kecantikan gergasi.

Foto: Exporters India

Tapi tahukah anda demi memperoleh bahan mineral dari tanah ini, telah mengorbankan banyak nyawa kanak-kanak di Bihar and Jharkhand, India?

Seramai 4,000 kanak-kanak berusia enam hingga 14 tahun telah bekerja sebagai buruh mencari serpihan mica yang hanya boleh didapati di bawah tanah yang kedalamannya melebihi 4 meter.

Foto: terredeshommes

Melalui sebuah laporan yang dilakukan National Commission for Protection of Child Rights mendapati seramai 4,545 kanak-kanak di kawasan Bihar dan Jharkhand tidak dapat mengikuti persekolahan kerana masalah kemiskinan lalu terpaksa bekerja sebagai penggali mica.

Ada diantara buruh kanak-kanak ini berdepan dengan kematian tragis apabila runtuhan tanah berlaku dan menimbuskan mereka. Terdapat satu kes, seorang kanak-kanak penggali mica mati akibat dihempap batu besar namun tiada sesiapa mampu menolong sekaligus menyelamatkannya kerana batu itu terlalu berat untuk diangkat.

Akhirnya kanak-kanak itu mati tertanam di bawah batu berkenaan. Sementara situasi biasa dialami kanak-kanak ini, kecederaan ringan seperti luka terkena serpihan batu juga tergelincir sewaktu turun ke bawah dan saat membawa naik mica ke atas.

Laporan lengkap mengenai penindasan terhadap kanak-kanak ini boleh anda saksikan menerusi video dokumentari di bawah berjudul The Dark Secret Behind Your Favourite Makeup Products |Shady |Refinery29.

Selepas menonton video ini apakah anda akan terus memakai produk solekan dan penjagaan wajah yang mengandungi mica? Tepuk dada tanya selera!

Sumber: YouTube 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 10 Jul 2020
Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Suka Tengok” – Netizen Doa Moga Ada Sinar Antara Pertemuan Singkat Ifa Raziah & Ustazah Asma’

Wahhh 🤩 Siapa potong bawang ni? Mata min tiba tiba berair tengok momen Ifa Raziah dengan Ustazah Asma’ 🥰🥺 Satu langkah yang baik 🥰 Insya-Allah

Trending Sat, 6 Feb 2021

7,000 Ahli SENIMAN Mohon Tetapkan SOP Penggambaran

Ramai juga yang mohon SOP penggambaran dipercepatkan

Featured Mon, 18 Mar 2024

“Tak Pernah Sesaat Saya Lepas Tangan”- Norman Hakim Akhirnya Buka Mulut, Minta Abby Bertenang Isu Anak

Alamak, ni dah kes lain ni bila masing-masing saling berbalas komen di media sosial 😱

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

24 Tahun Di Amerika Syarikat, Datuk Shake Masih Fasih Bahasa Melayu

“Saya anak Johor, mana mungkin saya lupa bahasa ibunda” – Datuk Shake

Trending Mon, 20 Aug 2018