Selebriti By: Atiqah Johari January 13, 2024 @ 6:12pm

“Khidmat Tyzo Berakhir 12 Januari, Kami Telah Rangka Strategi & Perancangan Baharu Tahun 2024” – DJ Lin

Stesen radio, Suria FM mengumumkan bahawa khidmat penyampai Suria Petang, Tyzo Xander telah berakhir pada Jumaat bersamaan 12 Januari 2024.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin memaklumkan keputusan yang dibuat adalah salah satu langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baru untuk menghasilkan produk yang lebih menarik dan segar bagi tahun 2024 dan akan datang.

Oleh itu, Suria FM menzahirkan ribuan ucapan terima kasih kepada Tyzo di atas kerjasama yang diberikan sepanjang bersama Suria.

“Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo merupakan satu tempoh kerjasama baik. Kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau.

“Kami telah pun merangka strategi dan perancangan baru bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar. Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi,” kata DJ Lin.

Dalam pada itu, DJ Lin turut berharap semua pendengar setia Suria untuk terus memberi sokongan kepada Suria FM.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia

Artikel Berkaitan: “Tyzo Berbakat & Berpengalaman, Jalan Terus Tanpa Peduli Orang ‘Toksik’ Itu!” – Azrul Zaidi Sifatkan ‘Politik’ Stesen Radio Kejam

Artikel Berkaitan: “Kak Lin, Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini” – Tular Video Kata Terakhir Tyzo Pada DJ Lin Suria Cinta

Artikel Berkaitan: “Ini Harga Kena Bayar Untuk Kemenangan Penyampai Radio Popular ABPBH35,” – Dedah Dikhianati, Tyzo Tak Reda ‘Dibuang’ Radio

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Sep 2022
Trending Thu, 18 Oct 2018

Hyundai BHS 7999 Dicari, Keluarga Mohon Orang Ramai Beri Kerjasama

Jika dilihat melalui video yang tular di media sosial sejak semalam, Amirah bukannya jalan sambil bermain telefon.

Hiburan Fri, 5 Jul 2019

’I Don’t Watch Malay Theater’- Erma Fatima Sindir Siapa Tu?

Rasa janggal juga tengok orang Malaysia pakai bukan main lagi macam nak pergi parti, siap sut dan gaun…

Hiburan Sat, 2 Nov 2019

Fizz Fairuz Lebih Minat Watak Antagonis?

Dalam Kamar Kamariah, saya membawakan dua karakter yang jauh berbeza. Satu karakter lelaki baik manakala satu lagi watak jahat.

Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Adik ‘Langkah Bendul’, Uqasha Senrose Tak Ralat

mungkin sudah sampai jodohnya, saya ok sahaja.

Trending Fri, 2 Apr 2021

Pengeluaran i-Sinar Beri Impak Positif

Semoga ekonomi negara makin kukuh walaupun masih dalam Krisis Covid-19