Hiburan By: Maya Basir December 5, 2023 @ 1:32pm

Masih Kekalkan Hubungan Baik, Tyra Kamaruzzaman Beri Penjelasan Keluar Dari Syarikat Siti Nurhaliza Selepas 5 Tahun Gara-Gara…

Pempengaruh dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman memberitahu hubungannya dengan penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza masih lagi baik.

Memetik laporan Berita Harian, meskipun tidak lagi bernaung di bawah syarikat CTDK Holdings, Tyra masih berhubung dan ada sesekali bertanya khabar.

Sebagai pengasas produk kecantikan Beautyra, dia membuat keputusan untuk keluar daripada syarikat tersebut kerana ingin bergerak sendiri dalam dunia perniagaan.

“Saya mengagumi Siti sejak kali pertama mengenalinya. Saya masih hormat dan sayang kepadanya. Saya sudah anggap Siti seperti sebahagian keluarga.

“Cuma keputusan keluar selepas lima tahun bersama dibuat kerana saya ingin lebarkan sayap dalam perniagaan dengan bersandarkan pengalaman yang ada,” jelasnya.

Disoal mengenai penglibatan dalam dunia lakonan, Tyra ada menerima beberapa tawaran tetapi berlakon bukan minatnya.

“Saya tolak tawaran kerana lakonan bukanlah minat dan tak berbakat.

“Ramai lagi gadis yang layak dan berbakat. Namun, tak jadi kesalahan jika pempengaruh media sosial menceburi dunia lakonan.

“Mungkin sebab lahir dalam keluarga berniaga, jadi minat berniaga lahir secara semula jadi,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Nov 2018

Pertama Kali Ke Malaysia, KARD Teringin Minum ABC

Kumpulan yang cukup terkenal dengan lagu Oh NaNa dan Don’t Recall ini juga memaklumkan teringin untuk menikmati juadah tempatan yang pedas.

Featured Tue, 16 Jan 2024

Kekal Tenang & Positif, Siti Nurhaliza Banyak Amalkan Istighfar

Mashaa-Allah, patutlah TokTi tenang & murah dengan senyuman sentiasa❤️❤️❤️

Trending Sat, 9 Jun 2018

「毛巾卷一卷」就能折出可爱泰迪熊

喜欢自己动手DIY做些小东西的朋友,一定不能错过这篇!

Kisah Viral Wed, 27 Dec 2023
Trending Thu, 7 Feb 2019
Featured Thu, 27 Apr 2023