Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 22, 2023 @ 1:16pm

“Dia Cakap Nak Gantung Saya Tak Bertali” – Enggan Lafaz Cerai, Anak Zainal Abidin Hassan Letak 4 Syarat Terhadap Isteri

Krisis rumah tangga anak kepada bekas jurulatih bola sepak Datuk Zainal Abidin Hassan, Mohd Zaiza berpanjangan apabila dia enggan menceraikan isterinya, Suzur Sofia Smeth Jaya.

Memetik laporan mStar, Zaiza dikatakan meletakkan empat syarat terhadap isterinya jika tetap menuntut penceraian.

Kongsi Sofia, suaminya itu meletakkan empat syarat iaitu dia tidak boleh menuntut nafkah idah, harta sepencarian dan nafkah tertunggak ke atas dua anak namun perbelanjaan anak-anak perlu ditanggung bersama.

“Syarat itu juga termasuklah saya tidak boleh menuntut nafkah anak-anak sekiranya kami bercerai,” dedahnya kepada mStar.

Selain itu, Sofia turut memaklumkan bahawa buntu apabila suaminya tetap enggan menceraikannya walaupun menjalani proses pertemuan menerusi Jawatan Kuasa Pendamai (JPK) di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Selasa.

Susulan itu, Sofia mendakwa bahawa Zaiza sengaja mahu menyiksanya dengan memanjangkan kes dan meletakkan syarat-syarat yang tidak masuk akal jika mahu bercerai.

“Kalau hubungan ini tidak boleh diperbaiki, kenapa seksa saya? Lebih baik lepaskan (cerai) sahaja. Selama lebih tiga bulan proses cerai, saya tidak lihat pun dia berubah menjadi lebih baik. Sekiranya ada perubahan mungkin hati saya terbuka untuk kembali bersama.

“Daripada kita membazir wang dan masa dengan kes mahkamah, lebih baik selesaikan cepat dan sama-sama fokus membesarkan anak-anak.

“Saya nampak dia sengaja mahu lengahkan kes ini. Dia pun pernah cakap nak gantung saya tak bertali,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sofia mendedahkan bahawa dia pernah dipukul suaminya dalam satu insiden pada 24 Februari lalu dan akan menfailkan kes.

Tambah, Zaiza juga didakwa menghalang Sofia untuk bertemu dengan anak-anaknya.

“Sekarang ini saya nak jumpa anak pun jadi takut sebab dia perlu ada bersama. Dia menyukarkan keadaan… boleh sahaja bawa anak-anak jumpa di mall atau tempat awam tetapi dia tetap mahu datang ke rumah. Hari ini pun dia janji nak bawa anak-anak ke mahkamah tetapi gagal berbuat demikian,” katanya.

Lebih mengejutkan, Sofia memaklumkan bahawa suaminya itu turut membuat permohonan hak penjagaan anak padahal suaminya tidak mempunyai pendapatan tetap untuk sara keluarga.

Sekadar info, Zaiza dan Sofia telah berkahwin pada 15 Januari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang anak iaitu Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6 dan Seri Zayana, 2.

Artikel Berkaitan: “Memang Patut Bapak You Mati” – Menantu Bengang Dengan Anak Zainal Abidin, Dedah Suami Ditanggung Bapa Mentua?

Artikel Berkaitan: “Mana Buktinya?” – Disebabkan Kerjaya, Menantu Zainal Abidin Bengang Didakwa Curang?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Curang Di Belakang Orang Yang Baik Umpama Campak Berlian & Kutip Kotoran” – Anak Zainal Abidin Hassan

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 9 Jan 2021
Hiburan Tue, 9 Apr 2019
Featured Mon, 22 Jul 2024

Kongsi Wajah Anak Kedua, Uyaina Arshad Pilih Nama Raja Urayyan Bermaksud Penunjuk Arah Kiblat

Mashaa-Allah, Moga Raja Urayyan jadi anak yang soleh dan memberi manfaat buat semua❤️❤️❤️

Featured Wed, 7 Apr 2021

Dari Geng Sidai Ke Kene Sidai, Ryan Deedat Dedah Inspirasi Single Terbaru

Penyanyi, Ryan Deedat kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Kena Sidai berkolaborasi bersama komposer muda, Heil Nuan dan rapper, Killa Drilz. Menurut Ryan Deedat, perkataan KENE SIDAI amat sinonim dengan pengikut Instagram miliknya memandangkan […]

Trending Fri, 11 Dec 2020

1.4 Juta PKS Dapat Manfaat Bantuan Langsung

Teguh kita, menang bersama!

Featured Wed, 11 Jan 2023

Syamsul Yusof Buka Mulut Isu Bernikah Dengan Ira Kazar, Dedah Sebab Tak Minta Izin Isteri Pertama – “Tak Mudah Untuk Terima, Beri Saya Peluang…”

Jatuh cinta pada Ira Kazar atau berkahwin kerana berkemampuan? 🤔 ‘Saya berserah, yang penting bersyukur dah sah’ – SY

Hiburan Sun, 9 Dec 2018

Betul Ke Pasya Dan Zaim ‘Anak Emas’ Mentor 7?

Betul lah, min rasa pun pasya dan zaim asyik dapat lagu yang sesuai dengan vokal diorang je kan?

Featured Tue, 2 Aug 2022
Featured Fri, 15 May 2020
error: Content is protected !!