Trending By: Yanie Baharom February 7, 2019 @ 11:00am

Reda kontroversi duduk celah kangkang, Emma Maembong akhirnya buka tudung!

Selepas Uqasha Senrose, Sarah Ali, Diana Johor dan Nina Iskandar, kini gilaran aktres cantik, Emma Maembong pula menanggalkan tudungnya!

Hampir lima tahun berhijab, pelakon, Emma, mengesahkan dirinya tidak lagi bertudung sejak tiga hari lalu.

Bahkan, peminat juga mula bergambar dan merakam video bersama Emma dengan imej baharunya itu di tempat awam.

Membuat pengakuan berkenaan secara eksklusif kepada BH Online, pelakon terbabit menegaskan, tindakan dilakukannya itu bukanlah contoh yang baik.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thank you @headmistress.salon for the magnificent hair treatment ❤️ @nadia_dalib #emmamaembong #emanizers @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Katanya, ia juga tidak kaitan dengan kontroversi melanda dirinya, baru-baru ini, sekali gus membuat permohonan maaf dan mengakui khilafnya apabila gambar mesra tanpa tudung bersama lelaki dikenali sebagai Syed Abdullah tular di media sosial.

Foto: Astro Gempak

Mengakui imannya belum kukuh, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, selesa membiarkan keputusan yang dilakukan dengan berat hati itu ditanggung sendiri.

“Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.

“Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Ia (tindakan membuka tudung) bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya.

“Cuma dalam tempoh bertudung itu, bukan saya tidak mencuba untuk membulatkan hati. Namun, saat saya tewas dan perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang, tetapi saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

Menurut pelakon berdarah campuran yang dikenali menerusi drama Kau Yang Terindah itu, dia mula mengenakan tudung secara suka-suka dengan memakai selendang di leher.

“Cara saya mengenakan selendang di leher dulu juga pantas dikecam netizen. Ada yang cakap, lebih baik bertudung penuh dan sempurna. Sedikit demi sedikit, saya mencuba untuk bertudung.

“Ketika itu, saya cuba bermuhasabah dan memperbetulkan diri. Selepas saya mula bertudung dulu pun, seperti biasa cara berpakaian dan mengenakan tudung itu juga terus mengundang kritikan. Semua benda bagai serba tak kena. Benar, susah untuk saya memuaskan diri orang lain.

“Saya seperti berperang dengan diri sendiri. Tetapi, saya lawan segala perasaan negatif. Namun, saat hanyut dengan kekhilafan diri, baru-baru ini. Saya terus dihukum seperti mempermainkan agama. Mereka yang memberi komen pedas itu pula seolah-olah mendapat jaminan masuk ke syurga. Malah ada yang cakap, apabila sudah ‘kantoi’, baru nak minta maaf. Saya akur, diri ini manusia biasa yang tak pernah sempurna,” katanya.

Menjawab pertanyaan apakah dia memakai hijab kerana mengusahakan perniagaan tudung, Emma menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.

“Perniagaan tudung dibuat ketika saya belum lagi menutup kepala. Secara peribadi, saya suka membeli tudung dan selendang, malah mempunyai sedikit bakat melukis, termasuk menjadikan tudung sebagai kanvas lukisan,” katanya.

Tambah Emma, agak berat bagi ahli keluarga menerima keputusannya untuk tidak lagi berhijab.

“Cuma, mereka akur dan tahu apa yang saya lalui selama ini. Mereka lihat dengan mata sendiri segala episod jatuh bangun dan ‘sakit’ saya menjadi anak seni.

“Mereka bukanlah menggalakkan saya tidak bertudung, tetapi dalam masa sama, berharap supaya suatu hari nanti saya akan kembali istiqamah,” katanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The one that always be there for me ???? @nadia_dalib @headmistress.salon

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

 

 

Sumber: BH

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Trending Fri, 23 Aug 2019

忙到没时间吃便当?手表一掀立刻开饭

亚洲人的工作时数、工作压力,在世界上可说是「名列前茅」,日前日本有公司设计一款有趣的「便当手表」,将食物装进小小的手表里,让人一边看表、一边吃饭,将一分一秒利用到最极致!

Trending Sun, 7 Apr 2019

Gambar Seorang Wanita Berbaring Di Atas Kubur, Ada Cerita Di Sebaliknya

Lebih sayu, wanita itu baring di atas tanah kubur yang kelihatan basah tanpa beralaskan kain.

Cahaya Mata Wed, 7 Dec 2022

Ziarah Ayah Kepada Mangsa Dibaham Buaya, Ebit Lew Bergegas Dari Jakarta Ke Sabah

Pendakwah bebas Ebit Lew mengambil kesempatan untuk menziarahi bapa kepada mangsa yang meninggal dunia akibat dibaham buaya di Lahad Datu, Sabah.   View this post on Instagram   A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) […]

Featured Thu, 16 Dec 2021

Tak Sabar! Senario Bakal Buat Comeback Menerusi Jaga-Jaga Senariounion

Peminat Senario kini dapat menantikan kemunculan mereka melalui filem terbaru yang kini dalam penggambaran. Perkara ini dikongsikan oleh kumpulan pelawak itu sendiri menerusi hantaran Instagram mereka baru-baru ini. Hantaran itu adalah siaran semula hantaran Instagram […]

Trending Wed, 27 Apr 2022
Featured Tue, 10 Jan 2023

Melur Untuk Firdaus 2 Buat Meerqeen Gementar

Wow tak sabarnya nak tengok MUF2