Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 27, 2023 @ 2:39pm

“Saya Dah Cuba Jadi Suami Sehabis Baik” – Isteri Buka Tudung, Haqiem Rusli Jawab Spekulasi Masalah Rumah Tangga

Penyanyi Haqiem Rusli memberitahu sudah menjadi lumrah rumah tangga menerima ujian dan dirinya tidak terkecuali.

Memetik laporan Harian Metro, tindakan isterinya, Anis Sofea tidak lagi berhijab merupakan salah satu ujian namun sebagai suami dia sudah cuba berusaha.

“Saya sebenarnya tidak mahu komen lebih (isu isteri tanggalkan hijab) sebab ini adalah berkaitan kehidupan peribadi.

“Cuma apa yang boleh dikatakan, saya sudah cuba sehabis baik untuk menjadi suami yang baik kepada Anis.

“Saya terima ujian ini dan masa sama berharap doa yang baik-baik daripada semua orang. Kita bagi dia (Anis) masa dan saya juga tidak mahu memaksa,” katanya.

Mengulas tentang spekulasi berhubung rumah tangganya dikatakan bermasalah, dia enggan mengambil peduli kerana hubungannya bersama isteri baik-baik sahaja.

“Tidak kisahlah apa assumption atau siapa yang nak reka cerita kerana hubungan saya dengan isteri baik saja.

“Perkara ini mungkin timbul apabila saya sudah jarang upload di media sosial tetapi itu tidak bermakna hubungan rumah tangga saya bermasalah.

“Raya pun kami beraya di rumah keluarga dua-dua belah pihak dan datang ke Pulau Pinang juga bersama-sama,” katanya.

Terdahulu, timbul tanda tanya apabila Anis memadam foto bersama Haqiem di Instagram miliknya dan hanya berkongsi foto dirinya tidak lagi berhijab.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Fri, 1 Apr 2022

Syed Saddiq Jawab Salam Yasin Sulaiman – “Bukan Satu Tugas Mudah, Tapi..”

Syed Saddiq menegaskan akan tetap berpegang teguh kepada pendiriannya..

Hiburan Mon, 27 Oct 2025

“Saya Tak Nak Orang Ambil Tahu Soal Rumah Tangga Saya” – Zizi Kirana

Zizi Kirana enggan komen isu rumah tangga dengan Yusof Bahrin

Hiburan Thu, 26 Jun 2025
Featured Thu, 1 Nov 2018

Exam Bagi Tahun 1, 2 Dan 3 Akan Dimansuhkan Bermula Tahun 2019

Pemansuhan peperiksaan tersebut akan digantikan dengan pentaksiran.

error: Content is protected !!