Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 5, 2023 @ 12:36pm

Didakwa Hamil Anak Kedua? Ini Penjelasan Ernie Zakri…

Penyanyi popular Ernie Zakri tampil memberi respons apabila dikatakan sedang hamil cahaya mata kedua seperti yang didakwa warganet, baru-baru ini.

Spekulasi tersebut mula timbul apabila Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri memuat naik foto di laman Instagram (IG) miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, foto tersebut memaparkan Ernie sedang bergambar dengan mengenakan busana serba putih.

Namun, ternyata foto tersebut menarik perhatian warganet apabila ada yang meninggalkan komen dengan mempersoalkan adakah penyanyi bersuara lunak itu sedang berbadan dua.

“Ernie adakah awak mengandung?,” soal seorang warganet.

Tanpa berdiam diri, pelantun lagu Astana itu tampil memberi respons terhadap persoalan tersebut.

“Amin,” jawab Ernie ringkas.

Tidak sekadar di situ, Ernie turut membuat ciapan di Twitter dengan menafikan dakwaan dia kini sedang hamil anak kedua.

“Saya tak mengandung, ia cuma makanan!,” ciap Ernie.

Untuk info, Ernie kini sibuk membuat persiapan bagi menjayakan Konsert Satu Suara Vol. 3 bersama penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Jay Jay pada 13 Mei depan di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza.

Untuk rekod, Ernie mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Syamel pada 26 Mac 2021 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha, berusia setahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Jul 2018

80岁阿嬷开20年「神车」远征1.2万公里

虽说「老三宝」上路总让人心惊胆跳,但对于这位南非的80岁阿嬷Julia Albu可就不是这么一回事了……

Featured Fri, 3 Jun 2022

“Rezeki Saya Adalah Rezeki Anak-Anak Juga” – Chef Wan Hadiahkan 10,000 Sempena Hari Lahir Serina

Bestnya dapat hadiah birthday 😍 Chef Wan memang bapa yang baik walaupun suka bebel 🤣

Trending Sun, 7 Jun 2020
Hiburan Sun, 4 Jan 2026

Frasa Thai ‘Catchy’ Jadi Tarikan, Ayda Jebat Jawab Pertikaian Tajuk Single Baharu ‘Kentoot’

Ayda Jebat tampil menjawab pertikaian segelintir netizen mengenai tajuk single terbaharunya, Kentoot yang mengundang pelbagai reaksi.

Featured Tue, 17 Jun 2025

[VIDEO] Fahrin Ahmad Sebak, Terkilan Tak Dapat Peluk Arwah Bapa Buat Kali Terakhir – “Tunjuklah Kasih Sayang! Ambil Gambar Banyak-Banyak & Peluk Mereka”

Fahrin Ahmad gagal menahan sebak apabila berkongsi pengalamannya ketika menerima berita pemergian ayahanda tercinta pada 23 Mei lalu.

Featured Fri, 17 Apr 2020
Trending Sat, 21 Dec 2019
Hiburan Tue, 7 May 2019

Adele Janji Lebih Kejutan Tahun Ini, Bakal Tampil Lagu Tentang Penceraian?

Sentiasa menjadi terbaik pada diri sendiri, ambil masa untuk semua benda, letak telefon anda di tepi seketika dan ketawalah sepuasnya

error: Content is protected !!