Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 7, 2019 @ 4:20pm

Adele Janji Lebih Kejutan Tahun Ini, Bakal Tampil Lagu Tentang Penceraian?

” 31 tahun dan Syukur. Angka 30 mengajar waktu sukar tetapi saya mencuba untuk melepasinya dengan baik,” tulis penyanyi Adele di Instagram sempena hari jadi ke 31 , semalam.
 
Menerusi posting itu, Adele mengaku berdepan waktu sukar ketika membuat keputusan bercerai dengan suaminya, Simon Konecki.

” Perkara yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini banyak mengubah saya dan akan terus berubah. Tetapi tidak mengapa kerana tahun ini bakal memperlihatkan perubahan terbesar dalam kehidupan saya,” katanya.

Sementara itu, Adele turut memberi bayangan bakal muncul dengan single yang diinspirasikan daripada kisah hidupnya untuk album akan datang.

Pemenang Grammy ini juga memberitahu sudah bersedia berkongsi rasa dengan peminat yang sentiasa menyokongnya selama ini.

” Sentiasa menjadi terbaik pada diri sendiri, ambil masa untuk semua benda, letak telefon anda di tepi seketika dan ketawalah sepuasnya di setiap kesempatan yang ada,” ujarnya. 

Terdahulu, penyanyi kelahiran London itu mendedahkan rumah tangganya mula bergolak sejak sambutan Krismas 2018 sebelum mengumumkan sudah bercerai dengan suaminya beberapa minggu lalu. – CNN.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Oct 2019
Hiburan Tue, 19 Mar 2019

E! News Now Available Across Multiple Media Prima Platforms

The latest Malaysian entertainment right at your fingertips.

Featured Wed, 22 Dec 2021

3 Tahun Berkahwin, Shila Amzah Fail Cerai

Penyanyi Shila Amzah, 31, mengejutkan ramai dengan berita dia sudah memfailkan perceraian dengan suami, Haris Idraki Elias. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya pada Selasa. […]

Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Events Sat, 16 Jul 2022

Selepas 35 Tahun Dalam Industri, Aishah Bakal Adakan Konsert Solo Di Dewan Filharmonik!

Dah boleh feel dah Datuk Aishah nyanyi lagu Janji Manismu versi orkestra!

error: Content is protected !!