Buat Video GRWM Di TikTok, Peminat Puji Hasil Solekan Amelia Henderson – “Thought It Was Done By Professional”

Terkenal dengan kecantikannya yang semula jadi, aktres Amelia Henderson sekali lagi meraih pujian dalam kalangan peminatnya selepas berkongsi video hasil solekannya sendiri.

Menerusi perkongsian di TikTok, Amelia telah memuat naik video Get Ready With Me (GRWM) sebelum menghadiri sebuah majlis yang ingin dikunjunginya.

Dalam perkongsian tersebut, Amelia menyatakan dia sering membuat solekan dan dandanan rambutnya sendiri untuk sebarang majlis.

“GRWM for work, red carpet edition. Yes, i always do my own makeup,” tulisnya.

@ameliathyes, i always do my own makeup 💋♬ I Follow Rivers (The Magician Remix) – Lykke Li

Melihat hasil solekannya yang cantik dan kemas, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.

Malah, ada juga yang menyatakan teknik solekannya sama taraf dengan jurusolek profesional.

Fatin Nurain