Cantiknya! Kekal Jadi Pilihan Jenama Antarabangsa, Neelofa Buat Netizen Bangga

Pernah dilabel sebagai tiada ‘job’ dek kerana sering tampil di TikTok, selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor bagaimanapun tidak melenting dan memaklumkan dia ingin menumpukan komitmennya sebagai seorang isteri dan ibu.

Namun, menerusi hantaran terbaru Neelofa di Instagram, dia sekali lagi tampil menjadi wajah pilihan jenama terkenal antarabangsa popular, Christian Dior apabila memuat naik fotonya yang memaparkan dia sedang duduk di atas kerusi sambil memakai niqab, selendang dan memegang tas tangan milik jenama terkenal itu.

“Bagaimana rupa ibu (Saya) pada masa kini @dior,” tulisnya.

Perkongsian Neelofa itu sekaligus mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti yang jelas berbangga dengan pencapaiannya sehingga kini.

Terdahulu, Neelofa pernah terpalit dengan dakwaan, kononnya jenama popular antarabangsa yang diwakilinya bakal menarik diri selepas membuat keputusan untuk tampil mengenakan niqab.

Malah, dia juga pernah memaklumkan gaya dan penampilannya kini adalah berdasarkan ‘approval’ dari suami tercinta, pendakwah selebriti Muhammad Haris Ismail atau PU Riz.

 

Salma Syahbuddin