Buka ‘Warung Teringin’, Shima Mula Bisnes Nasi Campur

Penyanyi terkenal era 90 an, Shima meluahkan rasa syukur apabila dapat memulakan perniagaan nasi campur di tapak berdekatan rumahnya.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Luka Di Lukai ini, gerai yang terletak Damansara Damai itu mula beroperasi hari.

“ Ia sebagai salah satu langkah menambah pendapatan. Hasrat untuk berniaga nasi campur sudah lama tapi kena cari tempat sesuai. Kebetulan tapak ini dekat dengan kawasan orang lalu-lalang.

“Cuma buat masa ini, jualan yang bermula jam 11 pagi hingga petang hanya untuk makanan dibawa pulang atau ‘tapau’. Bagi saya, apabila diberi ruang untuk berniaga pun saya sudah bersyukur,” katanya.

Gambar Ihsan: NSTP

Akui Shima, ini merupakan pengalaman pertama dia berniaga dan gerai ini dinamakan ‘Warung Teringin’

Antara juadah yang bakal disajikan termasuk asam pedas, asam rebus, goreng berlada, masak lemak cili api dan aneka masakan kampung lain.- BH Online. 

SGMS Faida